in

“Agak-agak lah s*al” – Tuan Sibuk Bershopping, Kucing Dibiar Dalam Kereta Hampir 2 Jam Sampai Ternganga Minta Oksigen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sayang kat haiwan biarlah berpada-pada, kalau nak bawa dia berjalan sekalipun kenalah fikir persekitarannya, andaikata kalau tempat yang nak dituju tu merupakan larangan untuk haiwan peliharaan, usahlah ‘seksa’ nya sebegitu rupa macam kes yang terjadi di Johor Premium Outlet (JPO) ni.


 

Biarkan kucing tu tercunggap-cunggap kurang oxygen? Kalau nak shopping pun agak-agak lah si*l

Posted by Tokdaeng Tokpiee on Sunday, May 19, 2019

Kalau sesiapa yang tahu JPO ni tempat parking dia kan terbuka, cuaca sekarang pula tak menentu, tapi kalau dilihat tingkap tertutup rapat, sampai kucing tu terjelir lidah mulut tenganga seolah-olah macam minta nafas.

Kesian tengok, kucing ni mana boleh panas-panas kan? Lebih-lebih lagi dalam kereta yang bahang tu. Video yang dimuat naik di Facebook dan dikongsikan semula di Twitter ni menjadi viral dan mengundang kemarahan netizen.

Kucing ni dah terbiar dalam kereta hampir 2 jam! Dengar kata-kata tuan empunya badan yang rakam ni. Aduhhh admin pula nak nangis.

Posted by Tokdaeng Tokpiee on Sunday, May 19, 2019

 

Tuan dia bodoh – Netizen

Manusia ni pun kalau dibiarkan dalam kereta tingkap tertutup 10 minit pun macam dah nak lemas, apatah lagi kucing.

 

Baca : Setan mana yang terlepas daripada kena rantai ni!” – Bukan Takat Kucing Sendiri, Kucing Jiran Pun Ada Yang Racun?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.