in

Adira Fail Penceraian Kali Kedua Terhadap Suami, Datuk Red Ditegur Hakim Kerana Melambatkan Kes

Datuk Red Adira Bercerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak ada angin tak ada ribut, penyanyi Adira Suhaimi dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor pada 25 Oktober lepas.

Penyanyi yang baru-baru ini terlibat dalam rancangan nyanyian, Famili Duo 3 telah membuat permohonan tersebut buat kali kedua terhadap Adnan selepas memfailkan tuntutan yang sama pada 1 April 2019 lepas.


Adira Datuk Red E1570641217474

Artikel berkaitan: “Seronoknya tengok dorang!” – Adira Buat TikTok Dengan Madu, Netizen Tumpang ‘Happy’

Artikel berkaitan: Datuk Red Tak Tahu Adira Sudah Failkan Penceraian Di Mahkamah

Permohonan tersebut juga berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sebutan kedua kes berkenaan telah diadakan pada pagi Isnin (4 Oktober) dengan Adira hadir bersama kakaknya, Emma Suhaimi sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Datuk Red, 42 bagaimanapun dilaporkan gagal hadir bersama wakil bagi meneruskan proses tersebut sehingga mendapat teguran Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar yang mendengar kes kerana dianggap sengaja melambat-lambatkan proses JKP.

553 1

Oleh itu, hakim telah menangguhkan kes berkenaan pada 18 Disember ini bagi membolehkan Datuk Red melantik wakil bagi pihaknya.

Kemunculan Adira di mahkamah juga telah mengejutkan ramai memandangkan dia baru sahaja selesai membuat persembahan di final Family Duo 3 bersama Emma semalam (Ahad).

Malah sepanjang pertandingan itu berlangsung, Adira juga dilihat tidak mempamerkan dirinya berdepan sebarang masalah berkaitan rumah tangganya dan Datuk Red juga dilihat hadir memberi sokongan pada minggu ketiga pertandingan itu.

Adira 1

Adira juga ketika ditemu bual menyifatkan gosip rumah tangganya itu adalah lumrah sebagai seorang selebriti.

Sebagai info, Adira telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob, 1.

Manakala perkahwinan Datuk Red dengan isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim pula dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Datuk Red juga sebelum ini pernah bernikah ketika berusia 20 tahun dan mendapat 2 orang cahaya mata sebelum bercerai selepas 5 tahun berkahwin.

Kita doa yang baik-baik sahaja, okay? 

Sumber: mStar

Sumber: Blog
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.