in

Datuk Red Tak Tahu Adira Sudah Failkan Penceraian Di Mahkamah

Adira Cerai

Rumah tangga penyanyi, Adira Suhaimi dan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra dipanggil Datuk Red kini berdepan dengan masalah selepas suami kepada penyanyi ni katanya tak tahu bahawa isterinya telah memfailkan penceraian di mahkamah.

Menurut Harian Metro, kes mereka bakal dibicarakan hari ini sekitar jam 3 petang di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat.

 

Adira mengaku akan bercerai tapi Datuk Red tak tahu? 

Bagi mereka yang mengikuti perjalanan seni Adira, ramai yang sedia maklum sebelum ni terdapat gosip yang mengatakan Adira akan bercerai dengan Datuk Red. Namun Adira yang juga bintang Akademi Fantasia ke-8 ni menafikan berita tersebut.

Adira 1
sumber: instagram

Pun begitu, gosip ini sekali lagi timbul kelmarin dan ketika wartawan menghubunginya untuk mendapatkan kesahihan semalam, Adira mengambil tindakan ‘tutup mulut’.

Perkara ini berlanjutan sehinggalah pagi tadi apabila wartawan mahu mengesahkan mengenai waktu sebenar perbicaraan permohonan cerai akan dilakukan, Adira akhirnya terpaksa mengaku kes akan berjalan dalam jam 3 petang ini. Alahai… 

Malah mengikut jadual asal juga, perbicaraan ini sepatutnya dilakukan Adira pada jam 9 pagi tetapi ia minta diubah oleh penyanyi tersebut sendiri kerana tak menyangka ia akan diketahui umum.

 

“Berita palsu… Kelmarin saya baru saja pulang ke rumah Adira dan kami melakukan hubungan intim” – Datuk Red

Apa yang peliknya, Datuk Red ketika dihubungi semalam menafikan pulak mengenai isu penceraian ini dan berkata semuanya hanya khabar angin sepertimana yang diperkatakan sebelum ini.

“Berita mengatakan saya dan Adira mahu bercerai itu adalah palsu kerana kami masih bersama.

“Kelmarin saya baru saja pulang ke rumah Adira dan kami melakukan hubungan intim.

“Pagi semalam saya bersarapan bersamanya seperti biasa sebelum keluar bekerja. Hubungan kami baik dan mesra,” katanya. Oh pulak dah. 

Adira Dato Red
sumber: blog

Datuk Red dan Adira telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan kini mempunyai 3 cahaya mata. Ia merupakan perkahwinan kedua Datuk Red yang juga mempunyai isteri pertama yang dipanggil Datin Red.

Kita doakan yang baik-baik sajalah ye… 

Baca: “Mereka jadi mangsa” – Datuk Red Nasihat Ude Untuk Fikir Anak-anak

Red