in

“Adik tolong jaga mak dan abah ye” – Sedih! Pesanan Terakhir Jururawat Sebelum Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 2 kes kematian yang direkodkan, salah seorang mangsa tersebut adalah jururawat yang di sahkan positif Covid-19 pada 5 April lalu.


Nadia Rahmat merupakan jururawat di wad ortopedik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, meninggal dunia selepas 17 hari dirawat di ICU.

Arwah yang meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19 itu menghembus nafas terakhir di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, lapor Berita Harian.

 

Pesanan terakhir Nadia Rahmat

Kisah syahdu ini dikongsikan oleh adik arwah yang bernama Nabiha Rahmat,yang merasakan kakaknya sudah mula tidak sihat pada awal April lalu.

Difahamkan, kakaknya mengalami batuk dan tidak berselera makan ketika itu.

Kali terakhir mereka bertemu pada 5 April lalu selepas kakaknya memberi tahu keluarganya yang dia harus dikuarantin kerana menjadi suspek jangkitan COVID-19.

Sehari selepas arwah kakak dimasukkan ke hospital, dia sempat menelefon keluarganya.

Selepas bercakap dengan kakak, Ibu menyerahkan semula telefon kepada saya sebelum kakak berpesan supaya ‘sentiasa jaga emak dan ayah’. Kakak memaklumkan dia akan ditidurkan di ICU bagi memasukkan ubat.

Ketika itu sudah terdetik rasa sayu namun tidak sampai hati untuk memaklumkan kepada emak dan abah kerana tidak mahu mereka susah hati.- Nabiha Rahmat

Keluarga arwah Nadia Rahmat reda atas pemergiannya, walaupun selepas ini mereka tidak lagi dapat menyaksikan keletah arwah lagi.

Keluarga kami reda dengan pemergian kakak namun kami kehilangan seorang kakak yang suka berbakti kepada keluarga dan masyarakat dan tidak lagi dapat menyaksikan keletah kakak menyediakan hidangan berbuka puasa seperti selalu,” – Nabiha Rahmat

Allahu..jom kita doakan frontliner kat luar sana diberi perlindungan.

 

Baca: “Bila semua ni akan berhenti?” – [VIDEO] Ibu Sedih Tengok Anak Struggle Bernafas Sebab Terkena Jangkitan Covid-19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.