Ibu mana yang tak risau bila tengok anaknya yang sedang sakit lagi-lagi kalau ada ahli keluarganya terkena jangkitan virus Covid-19. Pasti seorang ibu nak yang terbaik dan berharap supaya anaknya cepat sembuh.
Menurut laporan Daily Mail, seorang doktor yang dikenali sebagai Anna Zimmerman telah berkongsi satu video yang memaparkan anaknya, Lincoln yang berusia 4 tahun tengah struggle nak bernafas sebab kanak-kanak ini terkena jangkitan virus berbahaya ini.
Korang boleh tengok video tu kat sini.
Sayu hati seorang ibu bila tengok anak kecilnya sukar untuk bernafas.
“Mama, bila semua ni berhenti. Mama saya rasa tak sedap hati”
Anaknya itu mengalami kesukaran bernafas pada hari kelima dirawat di salah sebuah pusat perubatan di Colorado, Amerika Syarikat.
Wanita ini sangat menjaga keselamatan keluarganya supaya takde seorang pun yang boleh terkena jangkitan virus ini.
Dia mengatakan yang dia tidak pernah membenarkan anak-anaknya bermain di luar dan berhubung dengan kawan-kawan di kejiranan mereka sewaktu pandemik Covid-19 ini.
Pada awalnya dia mendapati anaknya selalu bersin, dia sangka tu just allergic. Namun, pada keesokan harinya, dia mendapati hidung anaknya tersumbat dan sedikit batuk ringan. Dia tak demam sebab tu dia tak terlalu risau.
Selang beberapa hari, anaknya mengalami demam yang tinggi dan itu membuatkannya risau.
Hopefully adik ni cepat sembuh