in

“Adakah aku seorang kafir?” – Dakwa Kononnya Dikasari Pegawai JAIS, Sajat Akhirnya Mengaku Bedah Tukar Jantina

Ft Sajat

Minggu lepas, nama Sajat menjadi bualan netizen di media sosial selepas dia memuat naik sebuah rakaman dan di Instagram dan mendakwa telah digari serta dikasari pihak JAIS. Berdasarkan posting tersebut, Sajat berkata dia berada dalam trauma dan mahu golongan transgender sepertinya dilayan seperti manusia biasa.

Sejak itu, Sajat mula memuat naik beberapa instastory rentetan isu tersebut dan menurut MalaysiaGazette, usahawan kosmetik itu akhirnya mengakui sudah menjalani pembedahan menukar jantina.

Sajat

 

“Semua kau buat wakaf tetap haram”

Melalui instastory, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman ini mendakwa kerja amal kebajikan dilakukannya selama ini tidak dipersetujui beberapa pihak dek kerana statusnya sebagai transgender.

Adakah aku seorang kafir? Seorang yang tidak layak memeluk Islam dan berbuat baik dalam agamaku?”

Ini semua haram. Kau tu tak layak beragama Islam. Sebab itu kad pengenalan lelaki walaupun kau tiada nafsu pada wanita. Semua kata kau ini lelaki dalam kad pengenalan.”

Walaupun kau sudah menjalani pembedahan penukaran jantina. Ini semua kau buat wakaf tetap haram sebab kau berpakaian wanita.”

Sajat1

Sajat4

Sajat2

Sajat3 1

Bagaimanapun, netizen di media sosial berpendapat Sajat sengaja nak ‘bikin panas’ dan menagih simpati daripada penyokong serta pengikutnya. Malah, kata mereka jika didengar betul-betul video dimuat naik Sajat itu, memang boleh dengar dia sendiri membuat provokasi dan tidak mendengar arahan sedangkan pegawai JAIS sudah berkali-kali mengingatkannya mereka boleh ambil tindakan jika dia tidak memberi kerjasama.

Komen 1

 

JAIS sedang siasat 

Menurut Harian Metro, pihak JAIS telah mengesahkan bahawa Sajat kini disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor. Siasatan itu dijalankan berikutan beberapa aduan diterima pihak JAIS mengenai kelakuannya pada 2018 dan 2020.

Sajat5

Baca: “Bila mati semuanya akan tenang” – Sajat Kongsi Sokongan Netizen Terhadapnya Dalam Isu Soal Siasat JAIS

Sajadian

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Twitter
Sumber: Instagram