in ,

Adab Sebenar Ketika Menyenduk Nasi, Jangan Ambil Bahagian Atas Dulu!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nasi adalah makanan ruji di Malaysia memandangkan negara kita adalah pengelar hasil tanaman padi. Sepanjang anda makan nasi semenjak daripada kecil, tahukah anda ada adab dalam menyenduk nasi dalam adat kita?


Perkara ini pernah dikongsikan oleh Dapur Chef Wan sendiri di laman Facebook beliau, yang kemudiannya dikongsikan oleh seorang individu di laman Twitter.

“Adab ketika cedok nasi, rezeki itu cantik disama ratakan. Tak baik kita makan yang atas, yang bawah-bawah tinggal kat orang belakang. Orang tua-tua dahulu masak nasi dapur kayu, jika seperti gambar pertama tu cedok nasinya, alamat yang belakang makan kerak lah. Tapi elok adab ini kita warisankan, nampak di situ keprihatinan dan kesopanan cara kita”

Adab ketika cedok nasi…rezeki itu cantik disama ratakan.. tak baik kita mkn yg atas yg bwh2 tinggal kat org…

Posted by Dapur Chef Wan on Friday, April 12, 2019

Berdasarkan perkongsian tersebut, adat kita mengajar untuk menggaul nasi yang baru dimasak terlebih dahulu agar bahagian atas dan bawah boleh dicampurkan. Agak kurang sopan jika bahagian bawah yang berkerak diberikan kepada orang lain tanpa bahagian atas yang lembut nasinya.

Ada yang baru tahu tentang adab menyenduk nasi pada hari ini?

Kredit: Dapur Chef Wan

BACA: “Tahniah!!” – Chef Malaysia Raih Pingat Emas Di Ireland Lepas Berjaya Tawan Hati Juri Dengan Resepi Nasi Lemak

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.