in

“Tahniah!!” – Chef Malaysia Raih Pingat Emas Di Ireland Lepas Berjaya Tawan Hati Juri Dengan Resepi Nasi Lemak

Feature Image Nasi Lemak E1647134597531

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, ramai sahaja rakyat Malaysia yang menjadi wakil bagi apa-apa pertandingan di luar negara dan berjaya menjuarai pertandingan itu.


Perkara ini bukan sahaja membanggakan negara, malah ia turut membuka mata kepada peserta dari negara luar bahawa Malaysia juga mampu menjadi pesaing terkuat kepada mereka.

Baru-baru ni, tular di Facebook yang menunjukkan seorang wakil Malaysia telah berjaya merangkul pingat emas dalam acara masakkan di Dublin, Ireland.

https://www.facebook.com/fura.batrisya/posts/10158333277842708

Siti Safura Mohd Tawil mendapat tempat pertama dalam pertandingan kelas masakan Asia-India di pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 (Chef Ireland Culinary Competition) yang dianjurkan oleh barisan panel chef dari Ireland.

Namun, apa yang menarik apabila Safura mempertaruhkan menu kegemaran rakyat Malaysia iaitu resepi Nasi Lemak Bunga Telang dalam pertandingan itu.

81580972185 Freesize
Sumber: astro awani

Menerusi perkongsian gambarnya bersama pingat di laman Facebook, Safura memaklumkan dia dianugerahkan pingat emas itu dalam pertandingan yang diadakan di Pameran Food & Bev Live 2020 semalam.

“Terima kasih Duta Besar Malaysia TYT Encik Zakaria Nasir dan isteri Puan Junainah untuk sokongan yang tidak terhingga.

“Juga terima kasih kepada Chef Boy, Chef Fauzan, Dr. Esa dan Tuan Razman untuk nasihat dan pandangan. Sangat dihargai,” Safura.

Cep
Sumber: facebook

Tahniah dan supaya terus membanggakan Malaysia!

 

Baca: “Cantiknyaaa! nak minum pun sayang” – Ulang Kejayaan Buat Kali Kedua, Barista Anak Malaysia Kekalkan ‘Title’ Juara Dunia

Mng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.