in

“Ada yang termasuk dalam sungai” – Banjir di Ganges River Sebabkan Kubur Terhakis Sampai Nampak Mayat

Copy Of Covid 19 India

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian banjir yang melanda kawasan di sekitar Sungai Ganges telah mengakibatkan ratusan mayat yang ditanam berhampiran sungai itu mula terdedah di permukaan.


Lapor Reuters, sebahagian besar daripada mayat-mayat berkenaan adalah mangsa wabak COVID-19 ketika India dilanda lonjakan jangkitan yang mengakibatkan banyak hospital-hospital menerima kemasukan pesakit yang tinggi.

India Ganges Graves Afp 260621 E1624768666979

Beberapa video dan gambar mayat-mayat yang terapung di Sungai Ganges mengejutkan ramai. Untuk info, sungai itu dianggap suci oleh penganut agama Hindu.

Menurut pegawai Neeraj Kumar Singh, ada sesetengah mayat yang ditanam berhampiran dengan sungai sudah masuk ke dalam air susulan kenaikan paras air.

“Pihak kami sudah mengerahkan satu kumpulan dianggotai 25 pekerja untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Jelas Neeraj lagi, mereka tidak akan menggali semula kubur tetapi hanya akan membakar mayat-mayat yang dapat dilihat akibat kenaikan paras air.

“Kawasan ini adalah sejauh satu kilometer dan kami jangka terdapat 500 sehingga 600 mayat sudah dikremasi,” tambahnya lagi.

Methode Times Prod Web Bin 8E4Ffe7A B1C3 11Eb A3E9 2089E10Cf05C E1624768772988

Pada Mei dan April lalu, banyak hospital di India sudah kehabisan katil di hospital dan tangki oksigen. Tidak cukup dengan itu, pusat pembakaran mayat juga menerima terlalu banyak mayat pesakit COVID-19 yang perlu dibakar.

Kerajaan Uttar Pradesh berkata, pihak mereka sedar pada bulan Mei lalu, banyak jenazah mangsa COVID-19 dibuang ke dalam sungai. Mereka percaya ada yang berbuat demikian kerana terlalu miskin dan tidak mampu untuk membeli kayu api. Malah, ada juga ahli keluarga yang mengabaikan mayat mereka yang sudah dijangkiti kerana risau akan dijangkiti virus sama.

Sumber: Reuters

Baca: Krisis COVID-19 India: Hospital Suruh Waris Cari Sendiri Mayat Ahli Keluarga Dalam Longgokan Jasad

India Covid 19 2 E1623547581755

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.