“Ada yang nak try ke?” – Restoran Baru Nak Buat Burger Babi Halal Pula Untuk Masuk Pasaran Malaysia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Lepas beer tanpa alkohol, sekarang satu syarikat baru dari Malaysia nak cipta daging sayuran berperisa babi yang akan nampak, bau dan rasa seperti daging babi sebenar! Boleh makan ke ni?

Menurut techcrunch, Phuture Food (baca: Future Foods atau makanan masa depan) merupakan sebuah syarikat makanan yang ditubuhkan untuk mengurangkan pencemaran disebabkan oleh industri pertanian berskala besar.

Jangan salah faham, walaupun daging ni berperisa ‘babi’, ia dibuat menggunakan campuran tumbuh-tumbuhan seperti cendawan shiitake, kacang hijau dan gandum.

Bukan tu je, daging ini juga akan dikategorikan sebagai halal untuk orang-orang di negara Asia seperti Malaysia dan Singapura.

Tapi tak pasti sama ada syarikat ni akan dapatkan sijil halal atau tak atau produk ini akan ditujukan untuk golongan mana.

Dengan bantuan daripada pelabur dari Hong Kong, batch pertama daging ini akan dikeluarkan di Hong Kong kemudian Singapura dan akan datang, Malaysia.

Kalau ikutkan dari bahan-bahan dia memang semua benda yang halal dan boleh dimakan, cuma admin kurang pasti kalau matlamat dia untuk buat daging ni berperisa babi benda jadi halal atau haram. Yelah, matlamat tak menghalalkan cara kan? Tibahhh

 

Baca: Wow, Heineken Bakal Keluarkan Minuman Tanpa Alkohol Bulan Depan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson