Ramai di antara umat Islam di Malaysia yang bakal menyambut hari Raya tidak lama lagi, ramai juga yang sudah pun dalam perjalanan ke kampung halaman masing-masing.
Namun, sudah pastinya apabila terlalu banyak kereta dalam satu masa di atas lebuh raya, bakal berlaku kesesakkan yang sangat teruk dan boleh memakan masa berjam-jam untuk tiba di kampung halaman.
Artikel berkaitan: “Dia Pun Nak Balik Raya Juga” – Gajah Liar Beri Kejutan Pada Pemandu Lebuhraya Pulang Ke Kampung
Artikel berkaitan: “Kenapa U turn tengah jalan?” – Warganet Berang, Pemandu Kenderaan Sanggup Patah Balik Dari Hadap Jem
Pun begitu, nampak gayanya rakyat Malaysia kini semakin kreatif dalam menghadapi situasi tersebut.
Sebuah video tular di TikTok, memaparkan ragam rakyat Malaysia yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung, menurut laporan Kosmo!, situasi yang dirakamkan itu berlaku di Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dekat Merapoh.
@shfqhshrhh selamat menempuh kesesakan jalan raya 😌 #kelantan
Dalam video yang dikongsikan oleh @shfqhshrhh itu dapat dilihat terdapat individu yang memacak khemah untuk menjual makanan ringan, ada juga yang berteduh di tepi jalan serta membuka hood kereta selepas berjam-jam di atas jalan raya.
Lebih menghiburkan, ada juga yang bertindak menjemur kasut dengan meletakkan kasut di cermin sisi keretanya.
“Macam-macam ragam!”
Rata-rata netizen terhibur dengan telatah yang ditonjolkan dalam video tersebut dan setakat artikel ini ditulis, video itu telah pun mencapai sejuta tontonan serta lebih 800 komen.
Aduhai kelakar betul!
Sumber: TikTok