in

“Ada unsur khianat” – Polis Akhirnya Dedahkan Hasil Siasatan Insiden ‘Kubur Berdarah’

Ft Darah Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang ingat, tular di media sosial pada 20 September lalu kisah kubur yang berdarah di Tanah Perkuburan Masjid Al Irfan, Derga di Alor Setar sehingga mengundang pelbagai tanda tanya dan spekulasi yang mengaibkan jenazah yang baru sahaja dua minggu dikebumikan.


Susulan itu, pihak jemaah masjid telah pun bertindak untuk membuat laporan polis berkaitan video dan kisah yang tular itu untuk disiasat dengan lebih lanjut.

Kubur Darah

 

Campuran cat minyak

Terbaru, pihak polis telah pun menjalankan siasatan dengan lebih terperinci dan mendedahkan bahawa cecair merah yang berada di atas kubur itu bukanlah darah seperti yang heboh diperkatakan.

Tetapi cecair merah yang ditemui itu adalah cecair campuran dengan bahan berminyak berkemungkinan cat minyak.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, hasil ujian ke atas cecair merah itu mendapati ia bukan darah, sebaliknya campuran bahan yang menjadikannya seolah-olah darah, lapor Harian Metro.

Jika dilihat, cecair itu memang kelihatan seakan-akan darah. Tambahan pula, kubur itu masih lagi baharu dan secara kebetulan mempunyai lekuk, jadi lebih mudah untuk mereka meletakkan cecair merah itu dia atasnya.”

 

Diletakkan individu ‘nakal’

Tambahnya lagi, cecair itu berkemungkinan telah diletakkan oleh individu tertentu dan dikaitkan dengan perbuatan khianat.

Namun, masih tiada lagi tangkapan dijalankan kerana ini merupakan perbuatan individu ‘nakal’ hanya untuk meraih perhatian orang ramai.

Pendedahan ini sekaligus berjaya menjawab segala tanda tanya dan menghentikan spekulasi orang ramai yang cuba mengaitkannya dengan isu-isu mistik sehingga mengaibkan jenazah.

Allahu, orang dah meninggal dunia pun dijadikan fitnah. 

Baca: “Sedangkan allahyarham orang yang bagus” – Viral ‘Kubur Berdarah, Imam Masjid Gesa Hentikan Sebar Aib Keluarga Baca Kubur

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.