in

“Sedangkan allahyarham orang yang bagus” – Viral ‘Kubur Berdarah’, Imam Masjid Gesa Hentikan Sebar Aib Keluarga

Gambar Hiasan 1 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kejadian ‘kubur berdarah’ di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Irfan, Alor Setar, Kedah, menjadi bualan hangat di media sosial dan menjadi persoalan dalam kalangan netizen.

Sejurus daripada itu, Imam Masjid Al Irfan sendiri, Abdul Hadi Awang, 55, merayu kepada orang awam supaya menghentikan penyebaran video ‘kubur berdarah’ seperti yang sedang tular di media sosial itu.


Menurut Awani, seluruh jemaah masjid terkilan dengan penyebaran berita ‘kubur berdarah’ itu kerana boleh mengundang pelbagai andaian selain mengaibkan jenazah berkenaan. Katanya, dia juga berharap keluarga Allahyarham bersabar dan bertenang kerana perkara itu sudah menjadi kes polis

51600589689 Freesize

Abdul Hadi berkata, Allahyarham meninggal dunia dan dikebumikan tiga minggu lalu pada usia 78 tahun akibat sakit tua. Menceritakan keperibadian arwah, Abdul Hadi berkata, sepanjang hayatnya, Allahyarham merupakan seorang yang berperibadi mulia dan sentiasa memberi sumbangan kepada khariah masjid.

Penyebaran video itu boleh mengaibkan keluarga jenazah itu sedangkan Allahyarham merupakan  orang yang bagus, dan merupakan seorang cikgu dan banyak buat kebajikan pada masjid ini. 

Kata Abdul Hadi, ketika berkunjung ke tanah perkuburan berkenaan bagi memberi penghormatan kepada jenazah tempoh hari, beliau dan rakan-rakan jemaah lain menyedari terdapat cecair merah di kubur sekitar pukul 11 pagi.

Namun, Abdul Hadi tidak pula menyangka ada pihak yang meramkan kubur berkenaan dan menyebarkannya menerusi WhatsApp selain tular di media sosial lain beberapa jam kemudian.

 

Baca: Tragedi M.V Pulau Kidjang : 47 Jasad Masih Misteri, Terkubur di Pulau Tanjung Jerijeh, Sarikei

1 21

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.