in

“Ada sejarah rupanya…” – [VIDEO] Kenapa Orang Kita Gunakan Istilah ‘Tanah Air’? Ini Penjelasannya

Untitled Design 2022 05 17T170245.171

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bahasa Malaysia ini sangat penuh seni dan kiasannya, sedar atau tidak banyak perumpamaan dan simpulan bahasa yang seakan sudah sebati dengan percakapan seharian kita. Contohnya, jauh di mata dekat di hati, gitu!


Banyak juga simpulan bahasa yang sebenarnya diambil daripada alam sekitar ataupun makanan yang sinonim dengan rakyat Malaysia, seperti bau-bau bacang yang bermaksud saudara yang jauh.

Bagaimanapun, pernah tak korang terfikir mengapa kita menggunakan istilah ‘tanah air’ untuk negara kita? Sedangkan, di negara luar misalnya di Eropah, mereka lebih banyak menggunakan istilah fatherland atau motherland untuk negara mereka.

@jitrawiyofficial

Kenapa kita guna istilah TANAH & AIR? #jitrawiy #fypシ #tanahmelayu #sejarah #sejarahmelayu #tanahair

♬ original sound – Izzuddin Al Jitrawiy – Izzuddin Al Jitrawiy

Dalam video yang dikongsikan dalam TikTok oleh @jitrawiyofficial, dikatakan istilah tanah air itu mempunyai sejarah tersendiri di mana bangsa Melayu ini merupakan salah satu bangsa yang menguasai daratan (tanah) dan laut (air).

Selain itu, tanah negara kita semenanjung Tanah Melayu khusunya, dikelilingi dengan laut dan kita seperti sudah biasa dengan perairan sebegitu, berbanding dengan negara-negara di Eropah yang menganggap laut itu sesuatu yang menyeramkan dan diibaratkan seperti raksasa.

Manakala, bangsa Arab pula menggunakan perkataan watan yang bermaksud daratan untuk menggambarkan negara mereka kerana mereka lebih sinonim dengan daratan.

Disebabkan itu, kita menggunakan istilah tanah air untuk memanggil ibu pertiwi kita kerana bangsa Melayu pernah mengukir sejarah di darat dan juga di lautan.

Hebatnya Malaysia!

Baca: “Rekod tertinggi” – Malaysia Catat Sejarah 6 Pelajar Serentak Diterima Masuk Harvard

Untitled Design 2022 05 17T165816.757

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.