in

“Ada salah faham ni” – Mawar Rashid Perjelas Isu Viral Back Up Lofa

Mawar3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam Mawar Rashid menjadi bualan hangat di media sosial, ia berikutan dengan kes Neelofa dengan suaminya Haris Ismail yang berlaku sejak baru-baru ini.


Ianya berpunca daripada komen Mawar dekat laman Instagram sebuah portal berita pasal  kes Neelofa yang dikatakan merentas negeri lagi ke Nilai 3

Lapor mStar Online, pasangan selebriti itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

 

Harap-harap dapat diselesaikan dengan cara baik- Mawar Rashid

Berbalik kepada topik Mawar Rashid, dia ada memberikan komen berkenaan isu ini, dalam komen tersebut, Mawar berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik sebab baginya Neelofa adalah seorang yang baik kerana banyak berjuang untuk agama islam #freepalestine dan dia sepatutnya tidak patut dipenjarakan.

E1Z3Vtqucai776

Biarpun komen ini dikatakan telah dipadam daripada sumber asal, gambar ini telah viral di media sosial dan namanya telah menjadi buah mulut orang ramai.

Susulan dengan penularan dan kecaman daripada warganet, Mawar tampil memberikan keterangan pasal isu ini dan maksud sebenar yang ingin cuba di sampaikan.

 

Ada salah faham ni – Mawar Rashid

Menerusi Instagram miliknya, Mawar meminta netizen untuk bertenang kerana kenyataannya itu telah disalah ertikan. Akui kesilapannya tidak menulis penuh, Mawar Rashid memohon maaf secara terbuka sebelum menjelaskan perkara sebenar.

“Baca balik statement Mawar, “Harap dapat diselesaikan dengan cara yang baik”. Maksud Mawar kat sini, Kalau kena kompaun/denda lagi, memang patut kena bayar. Dan kalau mahkamah dah putuskan kena penjara, Mawar respect keputusan mahkamah.”

Tambahnya, dia seorang yang cepat kesiankan orang, jadi tidak dinafikan apabila terbaca istilah ‘penjara’ itu, ia agak menakutkan bagi dirinya.

“Cuma bila bercakap pasal “penjara”, bunyi tu menakutkan. Mawar pun turut rasa takut lah. Sebab Mawar ni sejenis cepat kesian kat orang. Dan Mawar pun kesian & simpati juga kepada Frontliner, rakyat dan semua yang terlibat dalam COVID-19 ni. Lagi2 hari ni dah almost 7K org positive dalam Malaysia. Mawar lagi la risau ttg covid ni.”

“Dan Mawar tak bermaksud pun cakap sebab dia berjuang pasal Palestin tu, dia boleh langgar SOP.. yang salah tetap salah. Dan Mawar respect apa saja keputusan mahkamah untuk yang bersalah.”

Disebabkan kesilapannya itu, Mawar telah memohon maaf dan berharap agar rakyat Malaysia untuk terus jaga diri ketika musim pademik ini.

 

Baca : “Kata takde double standard” – Didakwa Banyak Kali Langgar SOP, Netizen Buat Petisyen Desak Neelofa Dipenjara

Lofa 2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.