in

“Ada puting beliung kecil!” – Wanita Sempat Kongsi Detik Cemas Dilanda Angin Lintang Ketika Memandu

Angin Lintang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, satu video yang memaparkan seorang pemandu berhadapan detik cemas apabila pemanduannya terganggu disebabkan angin lintang serta hujan lebat di lebuhraya menjadi tular di laman TikTok.

Menurut hantaran @anna0001114 di laman TikToknya, itu merupakan kali pertama dia dapat melihat puting beliung bersaiz kecil.


Katanya, kejadian tersebut didakwa berlaku di lebuh raya berhampiran Pagoh, Johor.

Dalam video tersebut, dapat dilihat dengan jelas keluarga tersebut panik dan terganggu dengan angin kuat yang datang secara tiba-tiba.

“Puting beliung kecil tapi memang takut kalau lalu depan-depan. Seram juga. Allah baru jentik sikit tu,” katanya.

@anna0001114Puting beliung kecil tapi memang takut kalau lalu depan2. Seram juga. Allah baru jentik sikit tu.

♬ original sound – Annaaaaa.

Artikel berkaitan: Wanita Kongsi Detik Cemas, Lelaki Tiba-tiba Naik Angin Pukul Pakcik Sampai Berdarah Teruk Di Pasar Seni

Artikel berkaitan: [VIDEO] Orang Awam Didakwa Naik Angin Sampai Terbalikkan Kereta Dalam Kejadian Di Kota Masai

Angin Lintang
Tangkap layar keadaan jalan yang dipenuhi daun kering akibat ditiup angin kuat.

Dalam ruangan komen, orang ramai ada juga berkongsi tip sekiranya berhadapan dengan angin lintang seperti yang dialami oleh pemandu berkenaan.

“Kalau berada di situasi sebagai co-pilot, cuba sedaya upaya untuk diam dan teruskan berzikir dan doa banyak-banyak dalam hati supaya pilot tenang dan kekal fokus untuk teruskan pemanduan,” kata CikSeri.

“Ini angin lintang ni. Kawasan ini memang laluan angin,” kata Fluffy pula.

“Disarankan untuk diam dalam situasi macam ni. Kita jerit tak membantu pun. Diam je, driver tahu apa dia nak buat. And akan lagi aware kalau situasi tenang and senyap,” nasihat seorang lagi pengguna.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 5,164 likes dan lebih 100 komen.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.