in

[VIDEO] Orang Awam Didakwa Naik Angin Sampai Terbalikkan Kereta Dalam Kejadian Di Kota Masai

Terbalikkan Kereta Kota Masai

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan

Jika berlaku sesuatu di luar jangkaan, orang awam selalu diingatkan untuk tidak bertindak mengikut perasaan dan membuat hukuman sendiri seperti apa yang berlaku dalam sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, ia memaparkan sekumpulan orang ramai dilihat naik angin sehingga terbalikkan sebuah kenderaan jenis Myvi berdekatan dengan sebuah stesen minyak dekat Kota Masai, Johor Bahru.

@ombak98

Kejadian Langgar Lari Di Kota Masai JB #fyp #fypシ゚viral #fypdongggggggg #ditajafyp #berandatiktok #berandafypシ #johor

♬ original sound – Yad – Yad

Tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku tapi menerusi video tersebut dapat dilihat beberapa penunggang motosikal memecahkan cermin belakang kenderaan itu sebelum bertindak menolak kereta itu hingga terbalik.

Ada kaitan kes langgar lari? 

Menerusi ruang komen, ada di antara netizen mendakwa kejadian ini berlaku disebabkan kes langgar lari yang melibatkan pemandu kereta tersebut dengan seorang rider makanan.

Netizen yang melihat video ini walau bagaimanapun berasa tindakan orang awam yang merosakkan kenderaan tersebut sebagai tidak wajar dan kes ini sepatutnya dirujuk kepada pihak polis.

Kes Langgar Lari

Walau bagaimanapun sehingga kini tidak diketahui punca sebenar penyebab kes ini berlaku dan pihak polis juga masih belum memberi kenyataan rasmi berkenaan isu itu ketika artikel ini ditulis.

Aih seram min tengok perangai masing-masing! 

Baca: [VIDEO] Sekumpulan Mat Motor Didakwa Buat Kecoh Ketika Syed Saddiq Berceramah di Muar

Mat Motor

Sumber: TikTok