in

Ada Netizen Kecam Tindakan Guru Pilih Lagu ‘Cintaku ke Ethiopia’ Untuk Koir Murid Sekolah Rendah?

F2 Koir Cintaku Ke Ethiopia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, lagu Cintaku Sampai Ke Ethopia nyanyian Ria Resty Fauzi kembali popular dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya di media sosial meskipun lagu itu sebenarnya lagu lama kerana dikeluarkan pada tahun 1986.


Ini kerana sebelum ini, lagu itu pernah dinyanyikan oleh koir pelatih jururawat kolej beberapa tahun sebelum ini.

4

Betapa popularnya lagu ini sekarang sehingga ada guru yang memilih lagu tersebut sebagai pilihan lagu untuk koir murid sekolah rendah.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video yang dikongsikan di TikTok apabila pasukan koir sebuah sekolah rendah di Putrajaya menyanyikan lagu tersebut dan pemilihan lagu itu telah menarik perhatian warganet.

3

Artikel Berkaitan: “Kita ingatkan pen” – Guru Terkejut Pelajar Darjah 5 Bawa Pisau Tapi Bentuk Seperti Pen

Artikel Berkaitan: “Start lagu dah sebak” – Jalur Gemilang Bertukar Bendera Palestin, Persembahan Murid Buat Netizen Tersentuh

Setelah video nyanyian lagu itu tular di media sosial, ada netizen yang berpendapat bahawa lagu tersebut tak sesuai dinyanyikan oleh murid sekolah rendah kerana liriknya adalah tentang cinta.

Dalam sebuah perkongsian di Facebook, seorang individu menulis bahawa lagu itu mengenai pasangan kekasih, jadi maksud lirik lagu itu tidak berfaedah untuk murid sekolah terutamanya sekolah rendah.

6

Tambah individu itu lagi, terdapat banyak lagi lagu yang ada di industri muzik yang lebih sesuai dinyanyikan oleh budak sekolah.

Rata-rata netizen di Facebook bersetuju dengan pendapat itu kerana ramai juga yang kata adalah lebih baik jika cikgu memilih lagu yang berunsurkan patriotik sebagai lagu koir murid.

Namun, dalam masa yang sama, ada juga warganet yang berpendapat tiada masalah untuk murid sekolah menyanyikan lagu itu kerana ia hanyalah sekadar untuk hiburan.

Apa pula pendapat korang tentang isu ini? 

Sumber: X
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.