in

“Start lagu dah sebak” – Jalur Gemilang Bertukar Bendera Palestin, Persembahan Murid Buat Netizen Tersentuh

Persembahan Jalur Gemilang Tukar Bendera Palestin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Program minggu solidariti Palestin di sekolah sekitar negara bertujuan menunjukkan sokongan terhadap rakyat di sana dan juga untuk memberi pemahaman dalam kalangan murid.


Pelbagai persembahan yang diadakan sama ada dalam kalangan murid mahupun guru bersempena program tersebut.

Tular sebuah video di laman TikTok menunjukkan sekumpulan murid sekolah membuat persembahan khas buat warga Palestin yang sedang menghadapi peperangan ketika ini.

Artikel berkaitan: “Mata masuk habuk…” – Pelajar Sekolah Buat Lakonan Semula Peperangan Untuk Solidariti Palestin

Artikel berkaitan: Guru Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin, Dikecam Kerana Bawa Senjata Mainan Ke Sekolah

https://www.tiktok.com/@alammayaofficialoriginal/video/7298207705464884481

Menerusi video yang berdurasi tiga minit 47 saat itu, murid sekolah terbabit menyanyikan lagu berjudul Atouna El Toufoule versi kanak-kanak.

Dalam persembahan nyanyian itu, setiap murid dilihat memegang kertas berwarna yang digabung menjadi warna Jalur Gemilang.

Ketika menyanyikan lirik korus lagu tersebut, murid-murid itu tadi menterbalikkan kertas berwarna itu dan bertukar menjadi bendera Palestin yang terdiri daripada warna hijau, merah putih dan hitam.

“Dari SK Semop, Sarawak. Tahniah!” tulis pengguna TikTok di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian netizen, rata-ratanya berasa sebak melihat video persembahan yang dibawa oleh murid-murid sekolah itu.

Dalam pada itu, ramai turut memuji para guru di sekolah terbabit kerana menyampaikan cara kreatif dan damai dalam bersolidariti.

Screenshot 2023 11 07 130207 Screenshot 2023 11 07 130243

Untuk info, lagu Atouna El Toufoule merupakan nyanyian asal oleh Remi Bandali dari Lubnan.

Judul lagu ini apabila diterjemahkan bermaksud ‘beri kami masa kecil’ yang menceritakan tentang nasib pilu yang dialami anak-anak Palestin termasuklah yang menjadi mangsa korban peperangan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.