in

Ada Najis Tikus & Lipas, 2 Restoran Yang Jadi Lokasi Lepak Pelajar IPT Diarahkan Tutup 14 Hari

restoran kotor diarahkan tutup sementara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua buah restoran di Gelugor, Pulau Pinang yang menjadi lokasi kegemaran ramai pelajar universiti IPT di kawasan itu telah diarahkan tutup selama 14 hari kerana didapati kotor oleh Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut.

Menurut Harian Metro, salah satu daripada restoran tersebut ialah restoran makanan ala Thai manakala satu lagi restoran adalah premis makanan nasi Arab yang terletak berdekatan antara satu sama lain.


Difahamkan, najis tikus dan lipas telah ditemui di dalam premis makanan berkenaan.

Bukan itu sahaja, dinding, lantai, dapur dan siling premis tersebut juga didapati berada dalam keadaan kotor.

kedai makan kotor

Artikel Berkaitan: “Aku keracunan 5 hari” – Pelanggan Temui Ulat Sampah Dalam Makanan Dekat Restoran Di KL

Artikel berkaitan : “Makanan dah berulat” -Menteri Brunei Beri Penjelasan Isu Makanan Rosak Masa Perkahwinan Putera Mateen

Difahamkan juga, pengendali restoran tidak mendapatkan suntikan antitifoid untuk mengendalikan restoran tersebut.

restoran kotor

Pelbagai lagi kesalahan turut didapati di salah sebuah restoran tersebut, antaranya menyimpan peti sejuk yang rosak di kawasan premis dan tidak menyah beku ayam dengan cara yang betul serta banyak lagi.

Selain notis penutupan selama 14 hari, kompaun berjumlah RM1,000 untuk setiap restoran juga telah diberikan kepada kedua-dua premis berkenaan.

Sumber: Harian Metro, Instagram Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.