Hari ini, kita dikejutkan dengan kehadiran pelakon Linda Hashim secara berseorangan ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan difahamkan untuk sebutan pertama kes perceraian dengan suaminya, Beego.
Beego yang tidak hadir ke mahkamah dikatakan sudah diberikan notis kehadiran awal bulan lalu.
Artikel berkaitan: “Bukan sebab penyondol” – Linda Hashim & Beego Bercerai Tapi Dah Rujuk Semula April Lalu
Artikel berkaitan: Gelarkan Isteri ‘Mak Lampir’, Along Cham Dedah Punca Failkan Cerai Taklik
“Hari ini merupakan hari sebutan pertama mahkamah selepas kami memfailkan permohonan perceraian pada awal Januari tahun ini.
Sudah tentu dia maklum perlu datang mengikuti proses sebutan pada hari ini kerana pihak saya sudah menghantar notis mahkamah,” kata Linda.
Pun begitu, menerusi satu hantaran di Instagram, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah berkata dia tidak menerima sebarang notis berkneaan sebutan tersebut.
View this post on Instagram
“Salam semua, terkejut pagi tadi mendengar kenyataan isteri yang saya (telah) dimaklumkan tentang kes mahkamah.
Tidak ada pemberitahuan dan notis dari pihak guaman Nurul (peguam syarie yang mewakili isterinya).
Ada mana-mana peguam yang boleh mewakili saya? Allahuakhbar,” tulisnya.
Sebagai info, pada Mei 2023 pasangan terbabit hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak susulan mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.
Aktres itu turut mendedahkan dia dan Beego pernah bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan mereka kembali rujuk iaitu pada April 2023.