in

“Ada juga pemimpin wanita lain kerja dia” – Netizen Tabik Jawapan ‘On Point’ TS Rafidah Aziz Bila Disoal Kejayaan Pemimpin Wanita

Rafidah9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz menyangkal pendapat yang mengatakan kejayaan New Zealand dan Taiwan menangani pandemik #COVID19 kerana negara-negara itu dipimpin oleh wanita.


Menurut beliau, kejayaan sesebuah negara itu berdasaran ciri-ciri kepimpinan individu yang mengelola negara tersebut.

 

Saya tak mahu masukkanlah jantina dalam hal ini, kita sekarang ni tengok orang perempuan tu baik, kita fokus jantina dia, jangan!”

Ketika disoal pemberita Awani mengenai kejayaan itu kerana pemimpin wanita atau kebetulan, beliau rumuskan bahawa ia hanyalah kebetulan.

“Pemimpin dia tu orang yang berfikir, orang yang logikal, kebetulan dia wanita.”

Dalam pada itu Tan Sri Rafidah sempat berseloroh menjelaskan ada sahaja pemimpin wanita yang tidak menjalankan tugas dengan bagus

“Ada juga wanita yang…minta maaf lah ya..lain kerja dia. Orang tengah sibuk menangani dia sibuk tangani benda lain.”

Jadi menurutnya jantina seseorang pemimpin itu bukanlah pengukur kebolehan individu itu memimpin negara tetapi ciri-ciri kepimpinannya.

Bagaimanapun, sebagai seorang wanita sudah semestinya dia bangga melihat kejayaan pencapaian itu.

“Jadi jantina tak masuk kat sini, ia ciri-ciri kepimpinan seseorang dan sya bangga lah kalau pemimpin yang berjaya tu wanita, kerana saya wanita”

 

Seorang yang rasional – Netizen

Video yang telah meraih 1,232 retweets sepanjang 13 jam ia dimuatnaik ini mendapat perhatian netizen yang begitu kagum dengan siakapnya yang begitu rasional.

Rafidah Rafidah2 Rafidah3 Rafidah4 Rafidah5 Rafidah6

Suka jawapan dia, sangat ringkas, padat dan neutral.

 

Baca : [Video] Warganet ‘Salute’ Dengan Tindakan PM New Zealand Sanggup Potong 20% Gaji Sendiri Selama 6 Bulan Demi Rakyat

Nz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.