in

“Ada dua syarat…” – Dapat Pelaburan Dari Timur Tengah, MYAirline Bakal Beroperasi Semula Jika…

Myairline

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada bulan Oktober tahun lalu, syarikat penerbangan MYAirline mengumumkan mereka menamatkan operasinya susulan masalah kewangan.

Terbaru, terdapat satu sumber yang mengatakan syarikat penerbangan tempatan itu dapat beroperasi semula kerana adanya pelaburan daripada Timur Tengah yang akan menyelesaikan masalah kewangan syarikat itu.


Artikel berkaitan: Disyaki Terlibat Atas Kesalahan ‘Cuci Duit’, Seorang Lagi Ditahan Berkaitan Kes MYAirline

Artikel berkaitan: “Hentikan politik murahan kotor” –  TS Muhyiddin Yassin Mohon Jangan Kaitkan Dirinya Dengan MYAirline

Cats 37

Dengan adanya pelaburan tersebut, MYAirline dipercayai sudah pun memohon kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) untuk mendapatkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) bersyarat, seterusnya Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebelum menerima ASL sepenuhnya untuk beroperasi.

Pun begitu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan syarikat penerbangan itu perlu melunaskan terlebih dahulu dua syarat jika mahu mendapatkan ASL jika mahu beroperasi semula.

“Pertama, mereka perlu berusaha memastikan bayaran balik dibuat, kedua, apa sahaja yang tertunggak terhadap kakitangan mereka, perlu dibayar.

Jika mereka boleh memenuhi dua syarat ini, baru kita boleh berbincang, jika tidak, tidak boleh, ketiga sudah pasti dari segi keselamatan”, katanya.

Selain itu, Menteri Pengangkutan berkata jika mereka melaksanakan dua syarat tersebut, sebarang permohonan untuk menyambung semula operasi perlu mengikut prosedur ditetapkan termasuk syarat 51 peratus pegangan saham syarikat Malaysia.

Sumber: RTM, Bernama

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.