in

Ada 936 ‘Screenshot’ Layari Laman Web Lucah, Peguam Ebit Lew Bantah Carian Dibuat Tak Relevan

Peguam Ebit Lew 936 Gambar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam perbicaraan kes Ebit Lew di Mahkamah Majistret semalam, seorang saksi memberitahu sebanyak 936 gambar tangkap layar mengenai sejarah melayari laman sesawang berunsur lucah dalam telefon yang dianalisis.


Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), ASP Latifah Abdul Aziz, berkata daripada jumlah itu 146 gambar tangkap layar adalah berunsur lucah.

“Saya mohon merujuk gambar tangkap layar yang pertama dan terakhir, tempoh sejarah yang berjaya dikenal pasti bermula pada 14 Jun 2020 hingga 19 Ogos 2021,” kata saksi ketujuh pendakwaan itu.

Memetik laporan Berita Harian, Latifah memaklumkan analisis sebuah lagi telefon bimbit turut menemui lapan imej berunsur lucah.

Imej tersebut adalah daripada aplikasi WhatsApp dan mendapati ia hanya satu imej sahaja yang mempunyai penambahan pelekat aplikasi WhatsApp.

Sb06 27092022 Ebit Lew 2956635 20230209184757

Peguam Ebit Lew bantah soalan pihak pendakwaan

Sementara itu, peguam Ebit Lew, Ram Singh membantah soalan daripada pihak pendakwaan kepada saksi mengenai sejarah carian menerusi Google.

Peguam itu berkata dia berpendapat tiada bukti dalam sejarah carian melalui Google bahawa sesebuah laman sesawang sebenarnya dilawati sebagaimana dikatakan saksi.

Menurutnya, terlalu banyak carian dibuat di dalam telefon bimbit itu yang dianalisis saksi dan tidak relevan kepada pertuduhan.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria berkata, pihak pendakwaan ingin mengemukakan keterangan yang relevan dengan pertuduhan merujuk kepada carian Google berunsur lucah pada tarikh pertuduhan.

Katanya, keterangan itu penting untuk menunjukkan perbuatan dan keadaan tertuduh pada tarikh berkenaan yang melayari laman sesawang itu sebelum menghantar mesej berunsur lucah kepada pengadu.

Untuk makluman, perbicaraan kes ini dijalankan tanpa kehadiran tertuduh yang mendapat kebenaran mahkamah. Ebit Lew pada ketika ini sedang menunaikan ibadah haji di Makkah.

Baca: Kes Ebit Lew: Telefon Bimbit Ada Sejarah Layari Laman Web Lucah
Ebit Lew Laman Web Lucah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.