in

“Ada 8 beradik, setiap tahun meninggal satu per satu” – Keluarga Pindah Tengah Hutan Dakwa Kena Sumpah

Sumisumiuntung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semi yang kini sudah berumur 75 tahun menjelaskan bahawa adik beradiknya meninggal satu per satu setiap tahun kerana menurut ayahnya keluarga itu terkena satu sumpahan.


Disebabkan itu mereka sekeluarga membuat keputusan untuk berpindah kat tengah-tengah hutan.

 

Ayah saya kata macam terkena sumpahan sebab adik beradik saya selalu meninggal. Kami ada 8 beradik, dan setiap tahun meninggal satu per satu. Sekarang tinggal 2 orang je termasuk saya”

Sumi Dan Untung Saat Ditemui Tribunjatengcom Di Rumahnya Rabu 1072019

Keluarga yang menetap di Pekalongan Indonesia ini sekarang tinggal di tengah-tengah hutan sejarak 12 kilometer dari kawasan kampung,

Menurut sumber, dalam hutan yang mereka sekeluarga duduk ni tak secure. Ada banyak haiwan liar seperti babi hutan dan kera.

Tapi alah bisa tegal biasa, diaorang nak duduk kat dalam hutan tu berpuluh-puluh tahun. Malah sekarang ni dah beranak pinak dah pun.

Ayah mereka memang sengaja nak pindah kedalam hutan tu sebab adik-beradik sorang-sorang meninggal dunia.

 

Pindah ke sini sekitar tahun 1966. Hingga kini saya bersama isteri menetap sahaja disni sebab lokasinya begitu tenteram”

Semi

Ayahnya meninggal pada tahun 1980-an sebab diserang satu penyakit misteri. Kini Semi dan suaminya Untung (75) memiliki 2 orang anak dan 7 orang cucu.

Biarpun masih tinggal di dalam hutan sejak tahun 60-an, kini keadaan tempat tinggal rumahnya dah bertambah baik kerana terdapat bekalan air dan elektrik.

Ayahnya masa hidup terkena penyakit Kusta, satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis bakteria dipanggil Mycobacterium leprae yang berjangkit secara perlahan-lahan dan menyerang bahagian kulit, saraf kaki dan tangan, serta lain-lain organ seperti mata dan hidung.

Ajal maut ditangan tuhan, mungkin ada penyakit yang tak dapat nak discover masa tu. lagi pun ya lah masa tahun 60 an bukannya membangun macam sekarang kan? Ada kemungkinan ia daripada penyakit tersebut.

Mungkin itu sebab kena pindah dariapda ramai orang, ditambah mula kepercayaan orang dulu yang kata ada bawa malang. Haihh!

 

Baca :  “Dia sampai letak telinga babi depan rumah” – 6 Keluarga Pindah Rumah Sebab Tak Tahan Dengan Perangai Jiran

Pindah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.