Seorang krew kabin telah ditahan kerana didapati merakam beberapa video lelaki di dalam tandas amam sedang memuaskan nafsu mereka sendiri.
Malah, ketika dalam mahkamah pada isnin (16 Disember) lepas, salah satu video yang Alton Keh Guan Qing rakam ditayangkan, video 2 orang lelaki melakukan aksi seksual.
Malah menurut The Star, Keh yang pada masa itu sedang berkhidmat di penerbangan tambah murah Singapura, Scoot melakukan kegiatan tersebut pada bulan Mac dan April tahun lepas sebelum dia dipecat.
11 rakaman lelaki ‘puaskan’ nafsu sendiri di tandas awam
Lapor sumber lagi, lokasi sasaran Keh melakukan kegiatan jijik itu biasanya di pusat membeli melah City Sqare Mall berhampiran dengan Little India dan Chinatown Point.
Modus operendi itu akhirnya terkandas apabila salah seorang mangsa perasan telefon bimbit Keh diatas dinding pembagi ketika dia sedang menggunakan tandas itu pada Mei tahun lepas.
Ketika mangsa yang merupakan seorang lelaki berumur perasan dirinya dirakam masa nak gunakan tandas, Keh sempat buang gambar lelaki tersebut.
Mangsa keluar dan bersemuka dengan Keh, dia cuba melihat hasil rakaman Keh, mangsa tak jumpa rakamannya tapi menemui koleksi rakaman mangsa-mangsa lain lakukan.
Semua ini berpunca ketika 18 Mac tahun lepas, Keh masuk kedalam tandas dan merakam video lelaki memuaskan nafsu mereka.
Sejak dari itu, Keh terus rajin ke tandas awam untuk mendapatkan rakaman aksi-aksi lelaki melakukan perbuatan tersebut sebelum dia melaporkan hal ini kepada pihak polis dan tingkap.
Keh, 27, didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 minggu dan denda RM 9,155 (SGD 3,000) berikutan dengan 14 kesalahan termasuklah mempunyai 11 rakaman yang diperolehinya.