in

Aceh Haramkan Lelaki dan Perempuan Makan Semeja!

Waduh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkejut jugak admin bila tahu pasal hal ni. Baru-baru ni, sebuah daerah dekat Aceh telah buat keputusan untuk ‘haramkan’ lelaki dan perempuan daripada duduk semeja di kedai makan melainkan kalau dorang dah kahwin dan ada hubungan keluarga.


Menurut Channel News Asia, tujuan undang-undang ni dibuat adalah untuk bantu wanita jadi ‘lebih berkelakuan baik’. Ouh macam tu…

Undang-undang baru ni jugak bermaksud perempuan di daerah Biruen, Aceh memang tak boleh duduk semeja dengan lelaki kat mana-mana restoran atau kedai kopi melainkan dorang ni ditemani suami atau ahli keluarga lelaki yang terdekat.

Perkara ni jugak dikatakan agak merumitkan sebab orang perempuan kalau nak lepak bersama rakan sekerja lelaki semasa lunch break pun diharamkan tau! Jadi jangan gatal-gatal nak ajak lunch break bersama kalau kat Aceh.

“Objektifnya ialah untuk melindungi kehormatan wanita supaya mereka lebih rasa selesa, lebih menyenangkan, berkelakuan baik dan tidak akan melakukan perkara yang melanggar syariah,” kata ketua agensi syariah di sana, Jufliwan.

Terdahulu, ketua daerah di Aceh tu jugak pernah keluarkan law pada 5 Ogos yang mana perempuan berkeseorangan atau tak bersama ahli keluarga dorang tak boleh keluar makan di restoran atau cafe lepas jam 9 malam. Aduh sampai macam tu sekali…

“Kita nasihati dan sosialisasi secara baik-baik. Nanti kalau tidak ada mahramnya kan boleh saja diganggu di jalan. Ini demi kebaikan mereka sendiri untuk mencegah agar tidak terjerumus,” kata Jufliwan lagi.

Malah pada 3 tahun lepas, Banda Aceh jugak pernah haramkan wanita tanpa ditemani mahram untuk pergi tempat hiburan macam cafe dan dewan sukan lepas jam 11 malam.

Kesemua undang-undang yang anjurkan Aceh pada wanita ni timbul macam-macam kritikan dari seluruh dunia meskipun daerah ni banyak mengamalkan undang-undang Islam yang mengikut syariah Islam.

Kalau undang-undang ni diamalkan kat Malaysia, rasanya ramai yang tak puas hati nanti.

Baca: “Kenapa rotan lesbian tapi tak rotan perogol di khalayak ramai?”

Les

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.