Pasukan mencari dan menyelamat kini sedang melakukan operasi mencari seorang peserta larian Gopeng Ultra Trail yang dilaporkan hilang pada Sabtu lalu.
Mangsa, Mohammad Ashraf Hassan, 29, dikatakan tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan tersebut, lapor Sinar Harian.
Belum ada perkembangan melainkan terjumpa botol air milik mangsa
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Perak, Yunus Abu, skop pencarian pada hari ke-3 telah diluaskan dari kawasan petunjuk sebelum ni.
Pencarian akan dimulakan dari tempat mangsa bermula sampailah ke lokasi pertandingan tamat untuk menemui petanda lain. Pun begitu sehingga kini tiada sebarang perkembangan dan petanda yang ditemui melainkan botol air mangsa.
Rakan larian kumpul data dan gambar terakhir mangsa di Facebook
Menerusi akaun Facebook Gopeng ULTRA, admin page telah mengumpul beberapa data mengenai pertemuan terakhir mereka dengan mangsa mahupun gambar terakhir yang mereka miliki tentang Ashraf untuk membantu pencarian.
Antara data yang dikumpulkan ialah:
- Kali terakhir Ashraf dilihat dekat puncak Bukit Batu Putih semasa sedang membantu seorang pelari bernama Dewi mengambil gambar. Lepas mengambil gambar, Dewi teruskan larian. Maknanya Dewi di hadapan Ashraf lepas Bukit Batu Putih.
- Seorang pelari bernama Marcel masih ingat yang dia mendahului Dewi lepas turun dari Bukit Batu Putih. TETAPI pada saat tu, Marcel tak ingat sama ada dia ada berselisih dengan Ashraf atau tidak. Kemungkinan besar Ashraf ada di antara dua pelari ni.
- Admin Gopeng Trail jugak yakin yang Ashraf sampai ke puncak bukit melalui video di bawah.
https://www.facebook.com/Bee.Ghozali/videos/10156278733023494/?t=1
Netizen spekulasi Ashraf disorok ‘bunian’?
Melalui komen-komen di post netizen di Facebook, rata-rata mengandaikan mungkin Ashraf telah disorok bunian. Ada yang memberi cadangan supaya ibu mangsa menunaikan solat hajat di trail yang mangsa dilaporkan hilang.
Mungkin dengan cara itu boleh dijadikan ikhtiar untuk menemui mangsa. Doa ibu kan mustajab?
Apa-apapun admin harap semoga Ashraf ditemui secepatnya. Moga keluarganya tabah menanti kepulangannya.
Baca: Disorok Bunian? Misteri Kehilangan 7 Anak Orang Asli di Gua Musang Yang Menggegarkan Malaysia