in

“Abah suruh balik sebab nak ajak makan apam balik je” – Netizen Mengekek Dengar Rap Cover ‘7 Rings’ Fazz Ahmad

Apambalik10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ariana Grande, salah satu penyanyi muda yang kini sedang meningkat naik, lagu-lagu hit yang menjadi siulan anak-anak muda seperti Problem, Focus, Love Me Harder, Side To Side dan terbaru ini 7 Rings.


Lagu yang sentiasa bermain di corong radio dari pagi sampai ke malam mesti akan membuatkan ianya tersemat dalam minda pendengar. Mungkin terlalu catchy, ramai yang nak buat cover lagu ni termasuklah penyanyi rap Fazz Ahmad.

Hurmm, admin speechless korang dengar lah sendiri.

 

Abah panggil suruh balik, atas meja makan apam balik”

https://twitter.com/pedoqpop/status/1125617982049095681?s=21

Itulah olahan dan gubahan teragung Fazz Ahmad untuk bahagian chorus lagu 7 Rings tu. Waktu ini, Fazz Ahmad mempersembahkan lagu versi tersendiri dalam sebuah rancangan dibawah naungan Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV Okey dalam program INFINITEEN.

Video yang dimuat naik oleh Zikri Musaa ini telah di kongsikan semula oleh Pedoq dan raih lebih daripada 2,000 reweets sejak semalam dimuat naik.

Rata-rata netizen cringe dengan gubahannya dan tergelak mendengar lirik terebut, ada yang pelik kenapa lagu ni boleh masuk tv berbanding dengan 16 baris yang masuk kat YouTube je. korang dengar lah admin 3 saat pertama je macam meremang.

Level-level Kendrick Lamar, 2Pac & Wiz Khalifa – Netizen

Apambalik6 Apambalik Apambalik2 Apambalik3 Apambalik4 Apambalik5

Entah lah, bulan puasa ni kena lah husnudzon, mungkin telinga kita ni yang tak berseni kot, nah admin payung versi penuh dan versi asal. 

 

Fazz Ahmad – Apam Balik

Ariana Grande – 7 Rings

 

Baca : “Sampah!” – Persembahan Lirik Lagu Malu Apa Bossku Ini Undang Kecaman Netizen

Maluapabossku

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.