in

Aaron Aziz Minta Sharnaaz Ahmad Jangan Masuk Campur Isu Kontroversi Dengan Syamsul Yusof

Ft Aaron Aiziz Asharnan Ahmad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Cakap dengan dia jangan masuk campur,” demikian amaran daripada pelakon Aaron Aziz kepada aktor Sharnaaz Ahmad mengenai kemelutan antaranya dengan pengarah Syamsul Yusof berhubung dengan isu digugurkan daripada filem The Original Gangster.


Ia susulan dengan satu tweet daripada Sharnaaz Ahmad yang memberikan respon daripada netizen yang menggesa dirinya untuk undur diri daripada filem terbitan Syamsul Yusof.

 

Minta Sharnaaz dan orang lain jangan masuk campur

@kosmoonline

Datuk Aaron Aziz mengingatkan pelakon Sharnaaz Ahmad tidak campur tangan dalam kemelutnya bersama Syamsul Yusof berkaitan penggugurannya daripada filem The Original Gangster.

♬ original sound – Kosmo! – Kosmo!

Dalam pada itu, Aaron Aziz ada juga berpesan kepada mana-mana pelakon dan individu menerusi Kosmo! agar tidak masuk campur dan tidak melibatkan diri dengan isu tersebut.

“Kepada pelakon dan individu yang tak terlibat dengan produksi, jangan beri sebarang kenyataan atau masuk campur. Kalau nak masuk campur, jumpa saya dulu.”

Malah, Aaron Aziz juga ada kongsikan respon ahli keluarganya berkenaan isu ini, katanya, dia jadi marah selepas melihat anaknya menangis dan kecewa apabila bapa mereka dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

 

Ikut nasihat isteri, tak nak panjangkan isu

Screenshot 2023 04 05 161653

Aaron Aziz juga mengatakan bahawa dia akan mengekalkan pendiriannya dengan ikuti nasihat isterinya, Datin Diyana Halik agar tidak memanjangkan isu dan bersemuka dengan Syamsul bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.

“Saya jadi marah apabila anak menangis selepas Syamsul mengeluarkan kenyataan tersebut. Sebab itulah, saya pula muat naik video tersebut. Benda sudah habis, isteri saya pun sudah pesan jangan beri sebarang kenyataan.

“Saya hormati permintaan isteri saya. Mungkin dia faham perangai saya macam mana, saya jawab secara umum, minta maaf pada ibu bapa (Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail) dahulu.”

Sebelum ini, Sharnaaz ada muat naik satu respon di Twitter berkenaan dengan isu antara kedua-dua pelakon tersebut. Isu itu mula timbul sekitar 22 Mac lalu apabila Syamsul atau nama penuhnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof memberitahu Aaron digugurkan daripada filem The Original Gangster atas alasan masalah kesihatan.

Baca : “Yang tahu je tahu” – Sharnaaz Ahmad Tetap Sokong & Respek Syamsul Yusof Sebagai Pengarah

Sharnaaz Ahmad 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.