in

Aamir Khan Berdepan Tindakan Undang-undang Atas Dakwaan Hina Tentera India Dalam Movie Baru

Ft Aamir Khan Didakwa Hina Tentera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penerbit dan pelakon filem Bollywood terbaru Laal Singh Chaddha, Aamir Khan bakal ebrdepan tidakan saman kerana mempunyai unsur hinaan terhadap nama baik pasukan tentera India.


Tindakan undang-undang itu difailkan oleh seorang peguam dari Delhi atas dakwaan tidak menghormati pasukan tentera India, selain Aamir Khan, Kareena Kapoor selaku pelakon utama juga turut menghadapi tindakan tersebut.

Selain itu, beberapa individu lain yang terlibat dengan filem itu juga turut berdepan hukuman yang sama.

Laalfir620

Apa yang mencetuskan kemarahan adalah, ada satu babak filem tersebut ada mengandungi sebutan yang agak sensitif dan dianggap sengaja timbulkan kekecohan antara kaum dimana ia bertentangan dengan undang-undang tersebut.

Malah gambaran seseorang yang ada masalah mental dibenarkan masuk menyertai pasukan tentera dalam Perang Kargil juga dikatakan satu fitnah dan menjatuhkan moral.

“Tindakan itu adalah adalah satu fitnah dan menjatuhkan moral kerana mengikut fakta anggota terbaik sahaja dibenarkan menyertai perang.

“Salah satu dialog yang dikeluarkan boleh mencetus kepada perbalahan antara kaum. Ia bertentangan dengan ideologi negara dan menimbulkan salah anggap terhadap tentera India.”

Mereka akan dikenakan tindakan di bawah kesalahan menyentuh sentimen agama, menghina tentera India, selain mengandungi unsur provokatif yang boleh mengakibatkan kekecohan.

Baca : Rupanya Watak Phunsukh Wangdu Lakonan Aamir Khan Dalam 3 Idiots Merupakan Kisah Jatuh Bangun Seorang Jurutera India

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.