Selalu sangat kita dengar tentang kisah individu ‘terserempak’ dengan makhluk halus di tepi jalan atau di kawasan yang sunyi.
Ada kisah yang meremang hingga mengganggu tidur malam, ada juga kisah yang rupa-rupanya hanya salah sangka semata-mata.
Namun baru-baru ini, tular satu video di Threads memaparkan kejadian seram apabila pemilik video merakam kelibat beberapa patung berwarna putih berdiri dalam satu barisan di satu kawasan.
Pemilik video kemudian bertanya, tempat apakah itu kerana pelik melihat banyaknya patung putih di kawasan tersebut.
Aaaaa scary, tempat apa ni?”
Artikel berkaitan: “Seram dengar dia gelak” – Tular Rakaman Video Bangunan Kerajaan Diganggu Lagi Makhluk Halus?
Artikel berkaitan: Cik B Kongsi Pengalaman Seram Singgah Di Restoran Bunian
“Terperanjat kita ek”
Rata-rata netizen yang melihat video itu meluahkan rasa terkejut dan pelik dengan struktur aneh itu.

Namun ada juga yang menjelaskan rupa-rupanya kawasan itu tiada kaitan dengan perkara mistik dan ia sebenarnya sebuah tokong buddha iaitu Perak Guan Yin Temple (Kwan Yin Tong) yang terletak di kaki Gunung Rapat, Jalan Gopeng, Ipoh.

Sumber: Threads
