in

“Robin Hood betul-betul wujud!” – Hamza Bendelladj : Hacker Yang Guna Hasil Wang Curi Untuk Derma Ke Palestin

Hack E1657341316749

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melakukan godaman laman sesawang dan mencuri wang itu sudah semestinya satu perbuatan jenayah, cuma apa yang agak pelik dengan pemuda yang berasal dari negara Algeria, Hamza Bendelladj ini.


Dia seorang daripada 10 penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak FBI Amerika Syarikat, jadi itu sahaja dah menunjukkan bahawa Hamza ini bukan calang-calang punya penjenayah siber. Tapi apa yang lainnya dekat dia ni? Baca ni..

 

Gunakan samaran BX1 & Smiling/Happy Hacker

148885311 4056588107687484 3202228068976062740 N

Hamza menggodam laman web dan mencuri duit daripada akaun itu membuatkan dia memperoleh berjuta-juta dolar.

Menurut Aljazeera, Hamza yang merupakan graduan dari bidang sains komputer ini menggunakan virus komputer sebagai modus operandinya untuk menggodam laman sesawang mangsa.

Hamza dikatakan telah mencuri wang dekat lebih daripda 200 bank di Amerika Syarikat dan institusi kewangan, ada juga yang mengatakan godaman itu dibuat di seluruh dunia.

Tapi apa yang anehnya dekat Hamza ini, semua wang yang dia dah ‘rompak’ tu tidak digunakan untu kegunaan dirinya.

Sebaliknya, Hamza dermakan semuanya kepada rakyat-rakyat di negara-negara Afrika yang miskin serta kepada rakyat Palestin.

151472776 4056588117687483 7347554100692916618 N

Namun begitu, modus operandinya itu akhirnya terkandas apabila dia telah berjaya ditangkap pada 8 Januari 2013 ketika dalam penerbangan ingin menuju ke Mesir dari Malaysia.

Dia ditahan sewaktu transit di Bangkok, dia dipenjarakan selama 15 tahun oleh mahkamah Amerika Syarikat, lapor Aljazeera.

Menurut sumber, ketika Hamza ditangkap dia cuma tersenyum apabila hendak dibawa penjara.

 

Baca : “Video mak tengah breastfeed anak pun ada” – ‘Hacker’ Curi Rakaman CCTV Dalam Rumah, Jual di Web Pornografi

Hacker

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.