Walaupun dunia sekarang masih dalam tanda tanya sama ada virus Covid-19 itu datangnya dari pasar hidupan liar di Wuhan atau di dalam makmal namun yang pastinya memang wabak ini bermula di sana.
Bermacam dakwaan kerajaan China hadapi sejak bermulanya wabak ini namun mereka memilih untuk tidak menjawab kebanyakan daripada dakwaan tersebut.
Dulu mereka meminta supaya orang ramai di seluruh dunia tidak menunjukkan sifat perkauman ke atas rakyat China hanya kerana virus ini datang dari mereka.
Tapi, video viral di Twitter baru-baru ini mendakwa kerajaan mereka bersikap racist dengan golongan black people yang menetap di negara mereka. Video TikTok itu menunjukkan seorang wanita dari Afrika mahu masuk ke dalam pusat beli belah tapi dihalang oleh dua individu dipercayai bertugas untuk mengawal pintu masuk.
Difahamkan, ianya adalah layanan yang diterima black people di negara itu sekarang selepas kerajaan China berkata mereka tidak dialu-alukan kerana mereka adalah penyebab coronavirus!
Wanita itu boleh didengari bertanya kepada dua lelaki tersebut,
Kenapa tak boleh masuk? Hanya kami (yang tak dibenarkan masuk)?”
Seorang wanita warga asing kemudian dilihat cuba membantu dan bertanya,
Excuse me? Saya boleh masuk tapi mereka tak boleh?”
Dia dilihat cuba membantu dengan meminta dua lelaki tersebut membenarkan kumpulan tersebut masuk tapi tetap tak dibenarkan. Wanita tersebut kemudian beredar dan minta maaf sebab tak dapat membantu meyakinkan dua lelaki itu untuk benarkan mereka masuk.
OMG! Ini memang tak masuk akal!”
Tonton video di bawah:
https://twitter.com/PhylisiahK/status/1251212276012589056
Tidal dinyatakan bila kejadian itu berlaku dan adakah benar mereka dihalau kerana alasan tersebut namun menurut BBC, rakyat Afrika yang belajar dan bekerja di Guangzhou memang pernah menyatakan bahawa mereka menerima layanan serta diskriminasi daripada China.
Ramai penduduk Afrika di Guangzhou menjadi sasaran diskriminasi ujian saringan coronavrius di mana mereka dikatakan pernah dipaksa untuk kuarantin dan diusir tanpa sebab.
Salah seorang pelajar Guangzhou University berkata dia yang telah membayar yuran semester baru tiba-tiba dihalau oleh tuan rumah sewa. Mereka mengemas barang dalam keadaan kelam kabut dan ketika itu polis sudah menunggu dia dan rakan biliknya di luar rumah.
Kini ramai di antara mereka yang ‘menyorok’ atau hanya tidur di jalanan kerana diskriminasi ini.