in

“Kami tidak boikot KFC” – BDS Beri Penjelasan, Tidak Pernah Masukkan KFC Dalam Senarai Boikot

Incollage Save
created by InCollage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai sedia maklum, sekarang rakyat Malaysia sedang giat melakukan boikot terhadap jenama-jenama yang menyokong Israel sebagai tanda solidariti bersama Palestin.


Antara jenama yang terkesan dengan tindakan boikot di negara kita adalah pengeluar makanan segera kegemaran ramai iaitu Kentucky Fried (KFC).

Kfc

Bagaimanapun, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Boycott, Divert, and Sanction for Palestine (BDS), mereka tidak pernah memasukkan KFC dalam senarai boikot.

Pengerusinya menegaskan, BDS tidak pernah meminta rakyat Malaysia untuk memboikot KFC dari dahulu sehingga sekarang.

“McD pun dulu tak masuk senarai, tetapi terpaksa dimasukkan dalam senarai bila cawangan di Israel memberi makan percuma kepada tentera Zionis Israel.

“Seluruh dunia marah kpd McD sebab tindakan itu yang tidak disekat oleh McD Corporation,” jelasnya.

Artikel berkaitan: KFC Jawab Dakwaan Tutup Lebih 100 Cawangan, Bakal Pindah Pekerja Terjejas Ke Tempat Lain

Artikel berkaitan: Siap Ada Orang Bukakan Pintu, Ramai Kagum Dengan Suasana Makan Di KFC Zaman Dulu-dulu

BDS berkata, KFC tidak pernah melakukan tindakan seperti apa yang dilakukan oleh McD.

“Alhamdulillah KFC tidak pernah melakukan tindakan sama, dan sebab itu tidak perlu dimasukkan dalam senarai boikot.

“Tetapi saya dapati ada customer yang merungut dan tak mahu beli lagi kerana mahal dan bukan kerana isu Palestin pun,” jelasnya.

 

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan, McD Kfcmengalami peningkatan yang sederhana dalam keuntungan suku tahunannya, susulan boikot oleh penduduk dunia disebabkan konflik Palestin Israel.

Terdahulu, tular mengenai dakwaan lebih 100 cawangan restoran KFC dikatakan telah ditutup selepas diboikot selama setahun setengah ini.

Menjawab dakwaan tersebut, QSR Brands (M) Holding Sdn Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia berkata, mereka telah mengambil langkah proaktif dengan menutup sejumlah kedai buat sementara waktu.

Tindakan tersebut bertujuan menguruskan peningkatan kos perniagaan dan memberi tumpuan kepada zon perdagangan yang mempunyai pembabitan tinggi, sebagai tindak balas kepada keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.