in

Lagu Baru Artis K-Pop, New Jeans Didakwa Tiru Lagu Artis Indie Malaysia, Midnight Fusic

3Lagu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meniru atau menciplak hasil karya orang lain dalam apa juga bentuk adalah perkara yang tidak baik dilakukan dalam industri seni. Tak kira apa juga seni yang ditiru, perkara itu pastinya menjadi persoalan melibatkan ketulenan dan karya asal.


Terkini, sebuah kumpulan K-Pop, NewJeans dikatakan telah meniru lagu dari sebuah band indie Malaysia, Midnight Fusic. Lagu baharu NewJeans yang bertajuk How Sweet yang baru dilancarkan di platform Youtube telah mendapat lebih 6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Walau bagaimanapun, video muzik lagu Midnight Fusic bertajuk Summer Love telah dilancarkan kira-kira setahun lepas dan mendapat 47 ribu tontonan.

Untuk korang yang tertanya-tanya dimanakah persamaan lagu yang dikatakan itu, korang kena dengar dulu lagu mengikut kronologi pelancaran. Kita mula kan dengan lagu Summer Love dari band Midnight Fusic. Korang boleh tengok video di bawah atau klik SINI.

Okay, sekarang cuba bandingkan dengan lagu NewJeans baru dilancarkan semalam. Tengok video dibawah atau klik SINI.

Korang rasa ada persamaan tak antara kedua-dua lagu ni? Min rasa ada banyak persamaan. Setakat artikel ini ditulis, kedua-dua pihak Midnight Fusic dan NewJeans belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung persamaan ini.

Apa pendapat korang?

 

Baca: Bau Busuk Masa ‘Award’ Kpop, Individu ‘Memerut’ Dalam Seluar Tampil Mohon Maaf

Screenshot 2024 05 26 At 2.16.24 Pm
 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.