in

9 Kejadian ‘Panas’ Berlaku Semasa Pilihan Raya Umum di Malaysia

Pru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ura-ura pasal pembubaran Parlimen pada hujung minggu ni atau maybe the latest hari Jumaat (5 April) semakin didengar kat mana-mana. Dan sebaik saja PM Najib kita umum Parlimen dibubarkan, Pilihan Raya Umum ke-14 akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Bila datang musim mengundi, macam-macam lah cerita timbul. Parti tu bergaduh dengan parti ni, calon tu tuduh calon ni dan pengundi pun ada macam-macam ragamnya. Ini kami senaraikan sembilan kejadian ‘panas’ yang berlaku masa pilihan raya umum Malaysia diadakan dulu. 


 

1. Empat negeri ubah angin (2008)

Kalau dibandingkan dengan 13 pilihan raya yang pernah diadakan sebelum ni, pilihan raya 2008 lah antara yang paling teruk Barisan Nasional (BN) alami kekalahan. Kalau sebelum ni negeri Kelantan je yang dikuasai pembangkang PAS, kali ni empat negeri pulak jatuh ke tangan pihak lawan.

Konvensyen 1
sumber: blog

Negeri yang gagal BN pertahankan tu ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang mana diperintah parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS yang dapat banyak undian berbanding BN. Walaupun SPR kata sebenarnya parti-parti yang terlibat ni tak menang pun pilihan raya negeri-negeri tu sebab tak dapat majoriti mudah, pembangkang lepas tu tubuhkan satu parti gabungan iaitu Pakatan Rakyat (PR) supaya dorang boleh wujudkan kerajaan campuran.

 

2. Tuduh menuduh antara parti (2008)

Sebab BN kalah teruk masa PRU 12, parti-parti komponen BN salahkan UMNO yang jadi punca kepada kekalahan ni. Antaranya dorang dakwa isu macam Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn angkat keris masa Perhimpunan Agung UMNO dan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Kelang, Datuk Zakaria Deros bina ‘Istana Zakaria‘ yang mewah sangat tu jadi sebablah pengundi beralih arah.

Keris432
sumber: rfi

Tak cukup dengan tu, Muhkriz Mahathir dan bapanya, Tun M pun ada menuduh PM Tun Abdullah pada masa tu sebagai lembik dalam kepimpinan yang sebabkan kekalahan PRU 12. Tun Abdullah yang tak puas hati dengan kenyataan Tun M menjawab balik dengan mengatakan Tun M lah punca kekalahan BN sebab dia terlampau kuat mengkritik kerajaan yang ditadbirnya. Haih tak abis-abis tuduh menuduh ye! 

 

3. Kejadian ‘Blackout’ (2013)

Ini isu yang paling hot berlaku sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 yang menjadikan PRU ni panas dengan macam-macam jenis kontroversi dan pergaduhan. Insiden ‘blackout’ ni asalnya bermula bila sekeping gambar kononnya di upload kat media sosial yang menunjukkan berlaku satu kejadian lampu padam masa pengiraan undi. Kejadian bekalan elektrik terputus pada jam 7.45 petang tu HANYA berlaku kat kawasan sekolah yang jadi tempat mengundi dan proses kiraan kertas undi.

Tak tahu sama ada benda ni betul-betul jadi ke tak, tapi pihak PKR dah buat laporan polis tentang isu ‘blackout’ di Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Tapi yang peliknya pihak SPR pulak tiba-tiba keluarkan kenyataan yang kata isu blackout ni hanya lakonan semata-mata dan gambar tu pun dah dirakam sebelum PRU13 lagi. Pulak dahh! 

Po 01.1
sumber: utusan online

Tak setuju dengan jawapan SPR, Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang pada masa tu buat Himpunan Black Out 2013 untuk luah rasa tak puas hati dengan keputusan pilihan raya (masa ni Pakatan Rakyat kalah teruk dan Kedah jatuh semula ke tangan BN). Macam mana pun, sampai sekarang masih tak dapat jawapan sama ada betul ke tak blackout tu terjadi.

 

4. Isu bom di tapak ceramah BN (2013)

Tempoh berkempen sebelum PRU kat Malaysia ni dah macam kat negara luar pulak sampai libatkan bom bagai! Menurut Wikipedia, baru je tiga hari tempoh berkempen rasmi bermula, polis dah terima 387 laporan kejadian dan 15 orang dah ditahan untuk bantu siasatan. Dan kejadian 23 April 2013 kat Nibong Tebal ni paling scary. Sebutir alat letupan reka ganti (IED) atau lebih senang sebut sebagai bom dah meletup kat tapak ceramah BN dan cederakan seorang mangsa.

Bom
sumber: google

Pastu lagi mengejutkan, polis ada jumpa IED yang kedua kat tapak tu lagi dan dorang dah letupkannya dengan selamat. Susulan dari kejadian ni, polis agak orang yang pasang bom ni saja je nak takut-takutkan orang ramai.

Malah sama ada Datuk Seri Najib dan Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang pun tak setuju dengan benda yang terjadi ni. Keganasan macam ni adalah perkara yang patut kita elak terjadi tanpa mengira daripada mana-mana parti.

 

5. Perhimpunan politik diganggu Mat Rempit (2013)

Sehari lepas kejadian bom, jurugambar akhbar pulak kena serang dengan 50 mat rempit pakai baju 1Malaysia kat tempat ceramah DAP di Bukit Gelugor. Disebabkan pakaian dorang ni menunjukkan dorang macam orang BN, ramai yang tuduh ni komplot parti lawan yang sengaja nak buat kacau kat kawasan tu.

19Hmmutuo 1513639116
gambar hiasan

Macam manapun, Ketua BN di Pulau Pinang cepat-cepat buat penafian dan mengaku yang dorang memang tak ada kaitan langsung dalam kejadian tu. Tambah dia lagi, pada masa tu memang banyak sangat laporan yang diterima berkaitan kemusnahan kenderaan yang digunakan ahli politik pembangkang dan penyokong dorang. Takkanlah dorang pulak nak buat benda macam tu kan? Hmm…

 

6. Kereta anak Exco Selangor kena bakar (2013)

Siri kejadian pelik ni tak habis-habis berlaku dan seterusnya pulak hampir meragut nyawa anak calon PKR Seri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar. Kereta anak perempuannya, Sangetha Jeyakumar dah dibakar dalam rumahnya sendiri dalam jam 11 malam macam tu.

Kes yang disyak terjadi sebab khianat ni disedari jiran Sangetha yang nampak dua lelaki masuk rumah mangsa, pecah cermin kereta dan lempar tong petrol untuk bakar kereta tu. Tapi mujurlah masa tu Sangetha tak ada di rumah dan anak serta husband dia pulak tengah tidur nyenyak sampai tak sedar rumah diceroboh.

Image 1 2
sumber: sh

Sangetha yang dapat aduan dari suami dia terus balik rumah dan berjaya padamkan kebakaran tapi isu ni jadi rumit dan more controversial bila dorang hampir bergaduh dengan sekumpulan pemuda pakai baju logo BN yang buat provokasi kat depan rumah dia lepas api dipadamkan. Tapi nasib baiklah polis berjaya tangkap suspek dan dakwa perkara ni tak ada kena mengena dengan hal politik. Oh giteww! 

 

7. Video seks parti pembangkang tersebar (2013)

Masih ingat Papa Gomo? Haa masa PRU 13 ni panas dengan isu kontroversi tersebarnya video seks tokoh pembangkang dekat blog-blog yang kononnya bermusuhan dengan parti Pakatan Rakyat. Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali pada masa tu dikatakan terlibat dan dia pun dengan sekeras-kerasnya nafikan hal tu sambil panggil video tu sebagai “kempen fitnah oleh UMNO”.

Mus Ali
sumber: blog

Geram dengan tuduhan Mustafa Ali, UMNO menyaman ahli PAS ni dan pada masa yang sama jugak, Anwar Ibrahim menyaman Papa Gomo sebab dia cuba babitkan ketua pembangkang tu dengan salah satu video lucah yang tersebar. So much controversyyyy! 

 

8. Warga asing pun mengundi? (2013)

Beberapa hari sebelum hari mengundi PRU 13, Anwar Ibrahim buat pendedahan terdapat puluhan penerbangan sewa khas dari pelbagai tempat di Malaysia Timur ke Semenanjung Malaysia kononnya bawa warga asing untuk jadi pengundi hantu. Tapi dakwaan Anwar ni dinafikan Tengku Adnan Mansor selaku Setiausaha Agung BN dan kata dorang ni semua memang pengundi berdaftar dan dah dibiaya oleh ‘rakan-rakan BN’. Sounds fishy kan??

Image 2
sumber: kosmo

Dan apa yang lagi menarik, Tengku Adnan pun tuduh Pakatan Rakyat jugak ada tempah bas untuk bawak pengundi dan Bersih pulak dikatakan membayar tambang rakyat pulang untuk mengundi. Tapi Pengerusi SPR Abdul Muiz Mohd Yusof berkata, benda ni sebenarnya tak ada masalah pun dengan bawak pengundi pulang ke, pergi ke, kecualilah kalau dorang paksa pengundi pilih calon yang patut diundi. Hmm macam-macam kan! 

 

9. Kereta bawa peti undi diserang (2013)

Ni memang kerja gila! Empat orang lelaki didakwa serang sebuah teksi yang hantar peti undi kat Pusat Penjumlahan Mengundi di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran JB Tengah. Kejadian yang berlaku around pukul 10 malam tu terjadi masa lebih kurang 200 orang berkumpul kat kawasan terbabit.

Image 3
sumber: sh

Teksi tu pada awalnya dikatakan dah termasuk silap laluan dari jalan yang polis dah sediakan bagi kereta yang bawa peti undi. Akibat daripada tu, dengan tiba-tiba lelaki ni katanya dah menyerang teksi tu kerana sangka kononnya ada something fishy dengan peti undi tu. Emmm konspirasi apa pulak tu agaknya. 

Disebabkan insiden tu, 16 pasukan FRU terpaksa turun padang untuk kawal keadaan kerana takut benda tak diingini berlaku.

So apa pulak yang menanti di PRU 14 akan datang ni? Harap-harap tak adalah banyak kontroversi buruk dan kejadian yang tak diingini macam ni berlaku lagi di masa hadapan.

Baca: 5 Tokoh Bekas Perdana Menteri Malaysia dan Konflik Semasa Pemerintahan Mereka

Pm Best Price

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.