Siapa yang tak kenal dengan pelakon popular Hollywood, Angelina Jolie kan. Angelina Jolie pernah berkahwin dengan Brad Pitt yang juga pelakon popular Hollywood dan mereka berdua mempunyai enam orang anak, di mana tiga daripadanya merupakan anak angkat manakala tiga lagi merupakan anak kandung.
Namun, pasangan ini berpisah pada tahun 2016. Anak kandung mereka iaitu Shiloh Nouvel Jolie-Pitt bagaimanapun baru-baru ini dilaporkan telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan nama bapanya, Pitt dari nama rasminya, lapor BBC.
Angelina Jolie and Brad Pitt’s daughter, Shiloh, filed a request to legally drop Pitt from her surname on her 18th birthday. pic.twitter.com/6fUCEx8469
— Pop Crave (@PopCrave) May 31, 2024
Difahamkan, Shiloh yang baru baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-18 pada hujung bulan Mei lalu mahu menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Artikel Berkaitan: “Pernah cekik, pukul anak” – Angelina Jolie Dakwa Brad Pitt ‘Kaki Dera’ Ketika Masih Bersama
Artikel Berkaitan: “Berlakon sampai jatuh cinta” – Ini 7 Filem Yang Musnahkan Perkahwinan Selebriti Terkenal
Untuk pengetahuan semua, Shiloh merupakan anak kandung sulung pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt.
Difahamkan juga, meskipun Shiloh merupakan anak pertama yang melakukan demikian secara rasmi, namun difahamkan anak-anak yang lain juga telah lama mengugurkan nama Pitt dari nama masing-masing.
Sumber: BBC