in

8 Perkara Korang PERLU TAHU Tentang PKP Fasa Ke-3 Setakat Ini

Pkp Info

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tan Sri Muhyiddin Yassin baru mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Meskipun perkara yang dinanti-dinantikan ramai telah diumumkan, jangan lupa juga tentang beberapa perkara lain yang turut dibacakan Perdana Menteri kita dalam perutusan khas sebentar tadi.


Kalau anda tidak fokus dengan ucapan tadi, ini admin senaraikan beberapa perkara yang diumumkan PM kita tentang PKP fasa ke-3:

Pm

  1. Tempoh PKP dilanjutkan untuk beri ruang kepada petugas-petugas kesihatan perangi penularan COVID-19 dan untuk elak penularan semula wabak dalam masyarakat.
  2. Beberapa sektor ekonomi terpilih akan dibuka secara berperingkat.
  3. Rakyat perlu bersedia untuk tempoh PKP yang lebih lama, mungkin beberapa bulan sebelum pihak berkuasa dapat betul-betul pastikan penularan Covid-19 ini dapat diatasi 100%.
  4. Sesi persekolahan mungkin ditangguhkan sehingga keadaan kembali pulih, Kementerian Pendidikan akan laksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah.
  5. Kerajaan arahkan Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Imigresen, RELA dan lain-lain agensi berkaitan untuk mengukuhkan lagi penguatkuasaan terhadap kawalan sempadan negara.
  6. Agensi penguatkuasaan diarahkan untuk mengetatkan kawalan di pintu masuk negara agar dapat mencegah daripada berlakunya penyeludupan warga asing.
  7. Tidak boleh ke bazar Ramadan, tidak boleh ke masjid berterawih.
  8. Rakyat mungkin tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung di Hari Raya.

Untuk lebih banyak berita dan perkembangan semasa tentang Covid-19, ikuti Lobak Merah!

Baca: [TERKINI] PM Umum PKP DILANJUTKAN Sehingga 28 April

Pkp

Sumber: RTM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.