in

[TERKINI] PM Umum PKP DILANJUTKAN Sehingga 28 April

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam perutusan khas Perdana Menteri sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan selama 2 minggu lagi. Ini bermakna, seluruh rakyat Malaysia harus mematuhi perintah tersebut sehingga 28 April ini.


Sebelum ini, ramai yang memang sudah dapat menjangkakan PKP yang dijadualkan berakhir 14 April ini akan dilanjutkan lagi. Lebih-lebih kini Malaysia sedang berdepan dengan kluster terbaru serta masih ramai rakyat yang ingkar dengan arahan #DudukRumah.

Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi perintah PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu menangani penularan pandemik Covid-19 di Malaysia. Jangan sesuka hati keluar merayau atau melepak. #StayAtHome

Untuk lebih banyak berita dan perkembangan semasa tentang Covid-19, ikuti Lobak Merah!

Sumber: MH Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.