in

Ini 8 Destinasi Wajib Kalau Korang Bercuti Ke Gold Coast, Confirm Tak Menyesal!

Ft Percutian Ke Gold Coast Australia

Terletak di Queensland, Australia, Gold Coast adalah destinasi pelancongan yang tidak asing lagi buat para pelancong. Saban tahun, kira-kira 12 juta pelancong akan memilih destinasi yang cukup terkenal dengan tarikan pantai ini.

Sebenarnya selain daripada pantai, terdapat banyak perkara menarik tentang Gold Coast yang menjadikannya tempat istimewa untuk dilawati.

Berikut adalah beberapa aktiviti dan tempat menarik yang korang boleh kunjungi selain daripada pantai. Kalau nak tahu, Gold Coast juga terkenal dengan kehijauan alam semula jadi dan ada terdapat banyak tarikan yang melibatkan haiwan comel di sana!

Ini 8 destinasi wajib selain pantai kalau korang bercuti ke Gold Coast :

1. Currumbin Wildlife Sanctuary 

Currumbin Wildlife Sanctuary adalah salah satu tarikan utama di Gold Coast, Australia. Ia merupakan santuari yang terkenal dengan pelbagai spesies haiwan tempatan Australia serta program pemuliharaan dan pendidikan yang dijalankan di dalamnya.

Dekat sini, korang boleh berinteraksi dengan haiwan seperti koala, kanggaru dan juga wombat. Selain tu, boleh tengok persembahan dan pameran haiwan.

Idr07680

2. Mountview Alpaca Farm

Picture

Kalau korang mencari destinasi yang unik, Mountview Alpaca Farm ni lah salah satunya! Ia menawarkan peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi dengan alpaka.

Pengunjung boleh memberi makan, membelai, dan mengambil gambar bersama alpaka, mempelajari tentang penjagaan dan tingkah laku mereka, dan menjelajah sekitar ladang.

Ia merupakan tarikan yang sesuai untuk keluarga dan memberikan pengalaman berbeza daripada tempat-tempat popular lain di kawasan tersebut.

3. Tengok sunrise naik belon panas

Picture 3

Selain tarikan destinasi pantai dan alam semulajadi, dekat Gold Coast ni juga terkenal dengan aktiviti naik belon udara panas.

Lagi special, korang boleh menikmati pemandangan matahari terbit berlatarkan panorama Gold Coast. Memang bucket-list betul lah.

4. SkyPoint Climb

Picture4

Kalau korang nakkan cabaran, apa kata korang pergi panjat hingga ke puncak menara Q1 yang berketinggian 270 meter!

Nikmati pemandangan 360 darjah Gold Cost daripada salah satu bangunan tertinggi di Australia.

5. Pergi ‘The New Altantis’ di Seaworld

Picture6

Dah sampai Gold Coast, setidaknya singgah lah di salah sebuah taman tema yang terkenal di sana dan kalau nak lebih thrill, korang boleh menaiki ‘roller coaster’ yang ikonik di sini.

Idr06139

Tengok pun berdebar! 

6. Makan Makanan Laut Segar! 

120146731 272933854088890 3723913066457246977 N

Kalau korang mencari makanan laut segar seperti tiram, udang, kepah mahupun ‘fish and chips’, korang boleh dapatkan di Charis Seafood yang tekenal dengan pelbagai pilihan makanan laut yang segar dan terbanyak di Gold Coast.

Picture7

Jangan ketinggalan untuk saksikan ‘pertunjukan’ Pelican atau burung undan yang akan diberi makan setiap hari pada jam 1.30 petang.

7. Home Of The Arts (HOTA)

Idr03421

Home Of The Arts atau HOTA ini merupakan institusi kesenian dan kebudayaan Gold Coast dan biasanya akan diadakan pameran secara percuma.

Kalau ke sini pada hari Ahad, luangkan sedikit masa dekat HOTA Markets yang dibuka dari jam 6 pagi hingga 11 pagi yang merupakan pasar komuniti yang terbaik di Gold Coast.

8. Glamping secara mewah di Cedar Creek Lodges

Picture9

Cedar Creek Lodges menawarkan glamping (glamorous camping) yang menggabungkan keselesaan mewah dengan keindahan alam. Pengunjung dapat menikmati kemewahan tinggal di dalam khemah yang dilengkapi dengan perabot dan keselesaan yang lengkap.

Lobak Merah Kv

Tempah penerbangan terus, tanpa henti AirAsia X ke Gold Coast bermula dari RM809 atau RM2,899 untuk Premium Flatbed! Tempahan boleh dilakukan bermula dari sekarang dan penerbangan akan bermula dari sekarang sehingga 22 April 2024, 21 Jun hingga 15 Julai 2024 dan 1 Disember 2024 hingga 13 Februari 2025.

Nak dapatkan lebih penjimatan, korang boleh tengok bermacam-macam lagi tawaran menarik di AirAsia MOVE Muat turun aplikasi AirAsia MOVE di Google PlayApp Store atau Huawei AppGallery sekarang!

Sumber: AirAsia
Sumber: AirAsia
Sumber: AirAsia