Seorang netizen meluahkan rasa terkilannya terhadap kakitangan sebuah klinik kesihatan kerana terpaksa menunggu lama.
Luahan itu dibuat menerusi laman Twitter hari ini dan ia telah meraih lebih daripada 1000 jumlah retweets dalam masa 6 jam.
Appointment 8 pagi, misi sampai 8.16, keluar balik, masuk kerja bawa makanan pukul 8.30
Kata individu yang tiba di klinik pada jam 7.55 pagi ini, difahamkan, setelah mendapat nombor giliran, dia menunggu dari pukul 8 pagi, tetapi misi masuk pukul 8.10 sebelum keluar semula pada jam 8.16 pagi sambil dirinya menunggu. Lepas menunggu, dilihat misi terbabit seperti baru selesai membeli makanan,
Misi tersebut kembali ke klinik dengan bungkusan makanannya itu pada jam 8.30, individu ini meluahkan rasa terkilan kerana 30 minitnya terbazir.
Walaubagaimanapun, urusannya telah selesai sekitar jam 9.15 pagi. Dia ada adukan perkara ini kepada KKM dan berharap agar perkara ini tidak terjadi lagi dan pihak kakitangan di klinik tersebut dapat menghormati masa orang lain.
Jelas individu ini, dia ada temujanji untuk bayinya yang berusia 3 bulan dan misi yang di dalam gambar ini merupakan misi yang ditugaskan untuk kawasannya.
“Of course kenal lepas 3 bulan berurusan, pernah datang rumah dengan auditor/sister. Misi kawasan lain tiada masalah, setel awal.”