in

79 Sekolah Di Selangor & 20 Sekolah Di Pulau Pinang Ditutup Ekoran Peningkatan Kes Covid-19

collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, 19 sekolah di Selangor telah diarahkan tutup sehingga tarikh yang diberitahu kelak. Terbaru, sebanyak 79 sekolah telah diarahkan tutup hari ini dan esok selepas kes Covid-19 dilaporkan.

Memetik laporan dari FMT, Jabatan Pendidikan Selangor mengatakan penutupan ini melibatkan 19 sekolah di Hulu Langat, 18 di Petaling Perdana dan 15 di Klang.


Sebanyak sembilan buah sekolah di Gombak juga turut diarahkan tutup, 9 di Petaling Utama, dua di Sepang, lima di Hulu Selangor dan dua di Kuala Langat.

Ini ekoran peningkatan kluster Covid-19 yang melibatkan sekolah dan pusat pendidikan yang dilaporkan oleh kementerian kesihatan baru-baru ini.

Sekolah Kebangsaan Section 7 ymi 2207 3

Berikut adalah antara sekolah di Selangor yang terkesan dengan penutupan ini:

1. SK Seksyen 19
2. SK Seri Selangor
3. SK Bandar Anggerik
4. SK Seksyen 1 Bandar Kinrara
5. SJK (C) Chee Wen
6. SMK Darul Ehsan
7. SMK Puchong
8. SMK Seksyen 7
9. SMK Pusat Bandar Puchong 1
10. SMK Bandar Puncak Jalil
11. SMK Seksyen Sebelas
12. SMK Usj 4
13. SK Seksyen 7
14. SMK Bandar Puchong Jaya B
15. SK Seksyen 20
16. SMK Seksyen 7
17. SMK TTDI Jaya
18. SJKC Tun Tan Siew Sin
19 SK Taming Jaya
20. SJK(C) Batu 9 Cheras
21. SJK(C) Kg Baru Ampang
22. SMK Taman Tasik
23. SMK Bandar Damai Perdana
24. SMJK Yu Hua
25. SK Leftenan Adnan
26. SK Semenyih
27. SK Bandar Tun Hussien Onn 2
28. SK Kajang Utama
29. SMK Bandar Baru Ampang
30. SMK Abdul Jalil
31. SK Bandar Seri Putra
32. SK Kantan Permai
33. SMK Taman Seraya
34. SMK Dusun Nanding
35. SMKA Maahad Hamidiah Kajang
36. SMK Pandan Mewah
37. SMK Bandar Seri Putra
38. SJK(C) San Yuk
39. SJKC Kheow Bin
40. SK 1 Gombak
41. SMK Kepong
42. SMK Seri Garing
43. SMK Taman Selayang
44. SMK Selayang Bharu
45. SK Taman Desa
46. SK Sg. Tua Bharu
47. SJK(C) Yuk Chai
48. SK Bandar Baru Sri Damansara 2
49. SK Taman Megah
50. Kolej Tingkatan Enam Petaling
51. SK Taman Medan
52. SMK Sultan Abdul Samad
53. SMK Tropicana
54. SMK (P) Sri Aman
55. SMK Bandar Sri Damansara 2
56. SK Rantau Panjang
57. SK Bukit Ceraka
58. SJK(C) Khe Beng
59. SJK(C) Wu Teck
60. SMK Jalan Kebun
61. SMK Bukit Tinggi Klang
62. SMK Meru
63. SK Taman Klang Jaya
64. SMK La Salle
65. SMK Raja Lumu
66. SMJK Kwang Hua
67. SMK Sri Andalas
68. SK Taman Sri Andalas
69. SMK Raja Mahadi
70. SJKC Hin Hua
71. SK Dato’ Abu Bakar Baginda
72. SK Taman Putra Perdana
73. SK Gedangsa
74. SK Bukit Beruntung
75 SMK Bandar Sungai Buaya
76. SK Batang Kali
77. SMK Ampang Pecah
78. SMK Bandar Banting
79. SJKT Jenjarom

Selain itu, Bernama turut melaporkan yang 20 sekolah di Pulau Pinang juga turut diarahkan tutup selama dua hari bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad mengatakan penutupan ini melibatkan sekolah menengah dan sekolah rendah namun tak mahu memperincikan nama sekolah.

Semua sekolah terlibat ditutup selama dua hari bagi proses sanitasi. Pihak sekolah akan menilai semula sebelum sebarang tindakan lanjut dibuat.

“Bagi sekolah yang ditutup, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berjalan mengikut jadual persekolahan seperti biasa.”

 

Baca: “Dah start balik” – 19 Sekolah Di Daerah Petaling Diarah Tutup Lepas Kluster Covid-19 Dikesan

Screenshot 2021 04 26 at 1.28.17 PM

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.