in

7 Kedai Nasi Kak Wok Buat Anda Tak Sabar Nak Makan Tengah Hari

Kak Wok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gerai Nasi Kak Wok memang dikenali ramai terutamanya bagi mereka yang meminati sajian yang diilhamkan oleh Kak Wok atau nama sebenarnya Allahyarhamah Mek Wook Hassan berasal dari Kota Bharu sekitar tahun 1984.

Hidangan sajian Kak Wok terdiri daripada nasi putih berlaukkan ayam goreng kunyit yang dipotong saiz dadu, lengkap dengan gulai pekat dan sambal belacan. Dengan lambakan gerai Nasi Wok, pastinya anda tertanya-tanya yang mana satu untuk dikunjungi. Oleh itu, kami senaraikan 6 Kedai Nasi Nak Wok yang boleh anda kunjungi dengan keluarga dan rakan-rakan!


 

1. Kedai Nasi JJ Kak Wok

G2 1
sumber: instagram

Kedai yang terletak di Shah Alam ini memang sentiasa dipenuhi pelanggan yang mengidam sambal belacan mereka yang pedas serta mempunyai kelainan dengan dalca ayam yang disediakan. Apa yang membezakan dalca ayam mereka dengan kedai yang lain? Nasi JJ Kak Wok dikatakan mencampur hati ayam di dalam kuah dalca tersebut

Bukan itu sahaja, mereka juga menyajikan air bandung berwarna hijau yang diperbuat daripada sirap hijau. Air yang menyegarkan ini juga mempunyai aroma pisang yang pasti membuatkan anda ingin datang ke sini lagi.

Alamat: No. 50, Jalan Opera J U2/J, Taman TTDI Jaya, Shah Alam.
Tel: 012-6857674

G1 1
sumber: instagram
G3
sumber: instagram

 

2. Nasi Cikgu Sue

Kak Sue 1
sumber: vkeong

Mempunyai rating yang tinggi di Facebook, nasi Kak Wok yang dihidangkan adalah berdasarkan resipi asal turun temurun daripada pengasas kedai ini. Ayam yang disediakan dipotong kecil dan disalut dengan kunyit sebelum digoreng sehingga garing. Fuhhh!

Anda juga boleh mencuba gulai ikan, hati masak kicap, kacang panjang,dan sambal belacan yang pedas untuk digandingkan dengan sajian anda. Bukan itu sahaja, mereka juga turut menjual akok yang tidak terlalu manis, sesuai untuk mereka yang sukakan kuih tradisional Kelantan itu.

Alamat: 36 & 37, Jalan Kolam Ayer, Medan Selera Bunga Tanjung, Ampang, Selangor.
Tel: 019-323 6042

Kak Sue 2
sumber: vkeong
Kak Sue
sumber: twitter

 

3. Nasi Kak Wook, Selera Wangsa Maju

Kak Wook
sumber: facebook

Kedai makan yang terletak di Jalan Wangsa Delima ini berjaya menambat hati pelanggan dengan dalca ayam yang cukup rasa digabung pula dengan ayam goreng kunyit yang diperap dan digoreng dengan garing.

Kedai ini juga menyajikan acar timun yang tiada dijual di kedai Kak Wook yang lain. Sambal belacan yang disediakan pula, tidak terlalu pedas, sesuai untuk mereka yang tidak tahan pedas.

Alamat: 19-1, Jalan Wangsa Delima 2A, Section 5, Wangsa Maju, KL.
Tel: 019-9558777

J3
sumber: instagram
J2 2
sumber: facebook

 

4. Nasi Kak Wook Pantai Dalam

Kak Wok
sumber: instagram

Kedai yang terletak di Pantai Dalam-Gasing ini menjual dalca ayam  yang sangat enak dan berlemak. Ayam goreng mereka yang dipotong kecil juga tidak terlalu garing dan mempunyai isi yang lembut.

Di sini juga, anda boleh memilih untuk mengambil lauk gulai ikan mahupun kepingan daging goreng untuk digandingkan dengan nasi yang disediakan panas-panas.

Alamat: No. 18, Terminal IKS Pantai Dalam-Gasing Indah, KL.
Tel: 013-969 3424

Uh2
sumber: facebook
Uh
sumber: facebook

 

5. Nasi Kak Wok Tapaw 

Kw3
sumber: instagram

Nasi kak Wok Tapaw ini berbeza dengan kedai nasi Kak Wook yang berada dalam senarai ini. Ini adalah kerana mereka menjual di gerai serta membuat perkhidmatan penghantaran di kawasan yang berhampiran.

Di sini, mereka menyajikan anda dengan ayam berempah yang dibakar hingga warna keemasan digandingkan pula dengan specialty mereka dalam menghidangkan minuman mango float. Mereka siap menjual set makanan dan minuman ini dengan harga yang berpatutan.

Alamat: Pangsapuri Anggerik, Jalan Sungai Udang/KS 3 Klang
Tel: 011-60906150

Tapaw 1
sumber: instagram
Tapaw 2
sumber: instagram

 

6. Warung SOHO

Soho
sumber: vkeong

Meskipun terletak di kawasan elit, Warung Soho sama sekali tidak mengenakan harga nasi kak wok yang mahal kepada pelanggannya. Istimewanya di sini, selain ayam goreng, mereka turut ada kambing bakar yang dibuat panas-panas. Nyumsss!

Selain kambing bakar, orang ramai gemar datang ke warung ini kerana kepelbagaian menu yang disediakan iaitu terdiri daripada ayam kampung, ayam percik, gulai ikan tongkol.

Alamat: Plaza Damas 3, B-0-4, 63, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Tel: 017-9462624

Soho 3
sumber: vkeong
Soho 1
sumber: vkeong

 

 

7. Nasi Kak Wok Putrajaya

Putra 1
sumber: fiza zainy

Kedai ini dikenali dalam kalangan penduduk sekitar Putrajaya. Dengan suasana yang bersih, selesa dan dekorasi ala hipster, semakin ramai mula mengunjungi kedai makan Nasi Kak Wok ini.

Bukan itu sahaja, hidangannya juga sangat menyelerakan tambah-tambah lagi dengan ayam yang digoreng dengan garing selain turut menyajikan kuih tradisi tepung bungkus dan akok dengan harga yang berpatutan. Sedap pulak tu!

Alamat: No 24 Jalan P8 G1 Presint 8 62250 Putrajaya

Tel: 018-2358006

Putra 3
sumber: fiza zainy
Putra 2
sumber: fiza zainy

 

Tunggu apa lagi? Hehe….

Baca: Kaki Makan Seafood KENA Cuba Restoran Baru di KL Ini!

L

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.