Bersahur merupakan antara sunnah terbesar selain dari turut menjadi pemisah di antara puasa orang Islam dengan agama yang lain. Malah, Rasulullah turut meminta agar umat Islam untuk tidak meninggalkan sahur walau hanya dengan minum seteguk air.
Selain bekerja, kita juga turut memerlukan tenaga untuk beribadah sepanjang berpuasa. Jadi, min nak kongsi beberapa menu sahur simple yang korang boleh buat di rumah.
Resipi yang dikongsikan ini bukan je cepat nak buat, tapi pada masa yang sama memang dapat buka selera masa tengah mengantuk tu, silap-silap habis satu periuk nasi!
6 Resipi Sahur Simple Tapi Confirm Buka Selera!
1. Telur goreng cili padi
Resipi ni baru je dikongsikan oleh Khairul Aming sempena sahur hari pertama dan memang terliur habis tengok! Makan pulak dengan kicap, memang terangkat…
Cara memasak:
Gorengkan telur mata mengikut citarasa korang, angkat dan letakkan di tepi. Kemudian hiris atau tumbuk 1 bawang merah, 5 ulas bawang putih, 5 batang cili padi hijau dan 5 batang cili padi merah dan tumiskan dengan sebatang serai dalam minyak yang sama.
Lepastu, korang boleh masukkan satu sudu sos tiram, satu sudu sos ikan dan setengah sudu kicap manis, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau semua dan last sekali masukkan telur yang dah digoreng dan boleh dihidangkan!
Esok puasaaa. Menu Sahur : Telur Mata Goreng Cili Padi 🔥
Sedap makan dengan nasi putih & kicap. Selamat berpuasa guys! pic.twitter.com/OZMB8y8MQd
— Khairulaming (@khairulaming) March 22, 2023
2. Ikan bilis goreng sambal belacan
Kalau mak atau isteri yang masak sahur lauk ni, bau dia je dah boleh buat kita terus bangun dan segar nak makan.
Cara memasak:
Goreng segenggam ikan bilis ikut kerangupan yang korang suka, angkat dan ketepikan. Lepastu hiris bawang merah, bawang putih dan cili padi masukkan dalam kuali yang sama (minyak jangan banyak sangat) dan masukkan sekali sedikit belacan yang dah dibakar. Tumis dan masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Settle! Kalau ada petai, masukkan sekali memang serious sedap habis!
3. Telur masak sambal kicap
Ini lauk bukan time sahur je, time bila-bila je bila dapat makan confirm selera habis. Kalau kenyang pun sanggup makan lagi sekali semata-mata nak rasa.
Cara memasak:
Goreng telur mata angkat dan ketepikan. Hiris bawang merah dan belah cili padi kepada dua. Kemudian, guna minyak yang sama, tumiskan bawang merah dan cili padi lepastu letakkan cili boh lima sudu makan. Tumis sampai naik minyak lepastu masukkan air asam jawa, dan masukkan kicap ikut banyak mana korang suka. Akhir sekali masukkan garam dan tuangkan kuah kicap ni dekat atas telur. Siapppp
4. Sardin masak lemak cili api
Kalau korang nak tahu, juadah simple ni memang tak asing lagi untuk orang Negeri Sembilan. Uish, kalau mak min masak ni, memang berpinggan-pinggan makan.
Cara memasak:
5. Sambal sardin telur pecah
Ini adalah antara menu yang menjadi rebutan bila sahur ni. Bukan je sedap bila makan dengan nasi panas. Makan dengan roti pun best gilaaaa.
Cara memasak:
Ambil satu tin sardin besar dan asingkan ikan dan kuah. Lepastu gorengkan ikan dalam kuali sampai garing dan angkat keluar. Masukkan 1 biji bawang merah dan dua ulas bawang putih yang dah dihiris dalam minyak goreng sardin tadi dan tumis sampai naik bau. Masukkan pula sos sardin tadi dan air sikit.Lepastu masukkan setengah sudu kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
Kemudian korang masukkan ikan sardin yang telah digoreng ke dalam kuali dan hancur-hancurkan dia. Lepastu masukkan telur tiga atau empat biji dan pecahkan manja telur tu sebelum taburkan hirisan bawang merah, cili padi, daun ketumbar dan perah limau nipis dekat atas. Lepastu korang dah boleh makannn.
https://www.instagram.com/p/CcXJ2KIg2jB/?hl=en
6. Nasi goreng cina
Kalau korang nak buat nasi goreng cina ni, bolehlah guna nasi lebih masa makan berbuka. Yang bestnya menu ni boleh makan sekali dengan anak-anak. Kita yang suka pedas ni bolehlah makan dengan cili potong atau chilli oil. Nyums!
Cara memasak:
Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk kasar. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan isi ayam dan kacau sampai agak masak dan masukkan pula isi udang. Kais sedikit bahan-bahan tumis tadi ke tepi kuali dan masukkan telur. Kacau telur sedikit supaya menjadi seperti scramble egg, tak perlu terlalu halus. Biar telur berketul-ketul.
Masukkan pula kiub ayam yang dihancurkan, lada sulah dan juga sayuran campur. Masukkan nasi putih dan minyak bijan kemudian kacau sehingga nasi menjadi sebati dan sedikit garing. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hati-hati masukkan garam kerana kiub ayam sudah masin rasanya. Angkat dan hidang bersama bahan hiasan.
Makanan ni, bila lagi simple lagilah sedap. Itulah yang bertambah-tambah…
Baca: “Xleh move on dengan kesedapan dia” – Senang Gila Nak Buat Ayam Masak Thai Untuk Berbuka Ni!