in

Wanita Korea Sanggup Tinggal Dengan Mayat Ibu Sebab Nak ‘Kaut’ Wang Bantuan Kerajaan

Tinggal Dengan Mayat Ibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berusia 47 tahun di Incheon, Korea Selatan telah ditahan pihak polis kerana gagal mendaftarkan kematian ibunya selama lebih dua tahun.


Lebih mengerikan, dia menyimpan mayat ibunya itu di rumah hanya kerana ingin ‘mengaut’ faedah keselamatan sosial yang diberikan oleh kerajaan kepada ibunya

Polis menahan wanita tersebut atas pertuduhan menyembunyikan dan memiliki mayat dan jenayah itu di Korea Selatan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

Menurut sumber, perkara ini terbongkar apabila pihak berkuasa kebajikan semakin curiga kerana ibunya itu tidak mempunyai rekod perubatan sejak dua tahun lalu ketika menerima faedah pencen.

Jurucakap Perkhidmatan Pencen Negara, berkata pihak berkuasa juga akan berusaha untuk mendapatkan kembali bayaran pencen yang salah mungkin melalui rampasan aset bergantung kepada hasil siasatan polis.

Cats 34

Sorok dan tutup rangka ibu dengan selimut

Wanita itu didakwa menyimpan sisa rangka ibunya yang ditutup dengan selimut di rumah pangsapurinya dan ibunya itu dipercayai telah meninggal dunia lebih dua tahun.

Ia berdasarkan nota yang ditulis olehnya memberitahu ibunya meninggal dunia pada usia 76 tahun pada Ogos 2020.

Wanita tersebut sejak itu didakwa menerima sehingga 17 juta won (RM60,000) digabungkan dalam dua tahun lalu daripada pencen ibunya. Difahamkan, dia seorang penganggur yang menggunakan wang itu untuk menampung kehidupan dan tidak mendaftarkan kematian ibunya kerana takut jatuh miskin.

Baca: “Telah meninggal kira-kira seminggu” –  Mayat Lelaki Dalam Guni Putih Ditemui Di Tepi Jalan

Mayat Dalam Guni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.