in

50 Hektar Rumput Di Gunung Bromo Terbakar Gara-gara Photoshoot Gambar ‘Pre-Wedding’

Bromo Terbakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kreativiti merupakan sesuatu yang sangat penting dalam penghasilan sesuatu karya, namun jika keterlaluan ianya boleh memakan diri.


Seperti yang terjadi baru-baru ini, seorang wedding planner bakal dikenakan tindakan kerana menyebabkan kebakaran di kawasan Gunung Bromo, Indonesia selepas mengadakan sesi penggambaran Pre-Wedding.

Artikel berkaitan: “Ada yang kami kena buang” – ‘Wedding Planner’ Sedih Pelamin Terbiar & Dilonggok Pihak Kanopi

Artikel berkaitan: Buat ‘Content’ Tahan Penunggang Motosikal Lawan Arus, YouTuber Indonesia Dihentam ‘Rider’

Kejadian itu berlaku apabila dia mendapat idea untuk menjalankan penggambaran foto pra-perkahwinan pasangan berkenaan menggunakan mercun suar (flare) yang diletakkan di kawasan rumput pergunungan itu.

Difahamkan, perancang perkahwinan itu berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 1.5 bilion Rupiah (RM456,000) jika sabit kesalahan.

Disebabkan kawasan bersaiz kira-kira 50 hektar itu mempunyai lalang serta rumput yang agak mudah terbakar, seluruh kawasan tersebut kini masih dalam proses pemadaman api.

Sebagai info, kawasan yang juga dikenali sebagai Bukit Teletubbies itu merupakan salah satu kawasan pelancongan yang terkemuka kerana pemandangannya yang unik, ia turut menjadi lokasi banyak penggambaran filem serta muzik video.

Selain itu, menerusi laporan Kompas, Ketua Polis Probolinggo Wisnu Wardana mengesahkan suspek yang ditahan merupakan pengurus perancang perkahwinan.

“Dia sebagai orang yang dipertanggung jawab dalam hal ini, malah tidak mempunyai permit khas untuk memasuki kawasan konservasi Gunung Bromo,” katanya.

Tambah Wisnu, untuk memasuki zon itu, seseorang perlu mendaftarkan diri dan perlu membayar harga permit berdasarkan jenis aktiviti yang hendak dijalankan selain mengisytihar semua peralatan dan perkakasan yang hendak dibawa masuk bersama.

Sumber: Kompas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.