in

5 Tempat Berhantu Di Bali Yang Korang Tak Patut Jejak Kalau Lemah Semangat

Collagefeat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bali merupakan salah satu destinasi di Indonesia yang menjadi tempat kegemaran ramai pelancong termasuk dari Malaysia sendiri. Mana tidaknya, Bali terkenal dengan pantai dan laut yang cantik serta pada masa yang sama turut mempunyai tempat-tempat bersejarah yang unik.

Namun begitu, pulau yang cantik ini juga turut mempunyai sisi gelapnya yang dipenuhi dengan cerita-cerita menakutkan. Malah penduduk tempatan di sana juga takut nak ceritakannya. Jadi, pada artikel kali ini, apa kata kita tengok tempat-tempat yang dikatakan berhantu di Bali. Kalau lemah semangat, better elak!


1. Hotel Istana Hantu

PI Bedugul Taman Rekreasi Hotel dan Resort atau dikenali sebagai hotel istana hantu ini terletak di pergunungan Bali berhampiran Tasik Bedugul.

Hotel terbengkalai ini dikatakan telah dibina oleh Tommy Suharto dan ada juga yang cakap ia dibina oleh seorang pemaju yang cuba untuk menghalau pesaingnya.

Kalau korang berani untuk pergi ke sini, korang mungkin akan terjumpa hantu-hantu yang berkeliaran di kawasan ini iaitu terdiri dari pekerja-pekerja yang meninggal dunia ketika cuba menyiapkan hotel ini.

2. Bangkai kapal Padang Padang

Indo Surf Wideweb 470X3130 1

Pada pagi sabtu Julai 2008, beberapa jam sebelum bermulanya pertandingan meluncur paling popular di Bali iaitu Rip Curl Padang Cup, satu kapal telah dilihat terumbang-ambing berhampiran terumbu karang di pantang Padang Padang.

Kapal besar bernama Ho Tsai Fa 18 ini telah terkandas pada waktu malam dan apa yang menyeramkan, tak ada satu kapten mahu pun krew telah ditemui.

Selepas siasatan dijalankan, pihak berkuasa mendapat tahu bahawa kapal tersebut pernah ditangkap kerana membuat tangkapan ikan secara haram dan mendapat untung melalui rasuah dan turut terdapat kisah seperti pembunuhan, pemberontakan dan pelanggaran undang-undang.

Pemilik kapal ini telah dipanggil untuk bertanggungjawab, namun sebelum sempat dia datang untuk mengambil kapal tersebut, kapal tersebut telah dibakar.

Dikatakan, walaupun kapal tersebut dah tak ada, namun hantu-hantu di dalam kapal tersebut kini menghantui pantai Padang Padang.

3. Pantai Muaya

Daya Tarik Pantai Muaya.jpg

Pantai Muaya memang terkenal dengan pasirnya yang putih dan lautnya yang cantik. Namun begitu, terdapat satu cerita di mana dua orang pelancong yang sedang jogging di pantai tersebut menemui dua patung jenglot.

1126350 F260.Jpg

Jenglot merupakan makhluk yang dikatakan menyerupai manusia kecil dan gemar minum darah manusia serta mengawal tindakan mangsa mereka termasuk menyuruh untuk melakukan pembunuhan.

Mereka telah membawa jenglot yang ditemui itu kepada seorang bomoh, Jero Mangku yang sempat mengawal kuasa Jenglot tersebut sebelum pelancong tersebut hilang kewarasan.

4. Taman Festival

This Place Is So Quite

Taman Festival merupakan satu taman tema terbengkalai yang terletak di Sanur. Ia pernah menempatkan rollercoaster pertama yang pernah dibina di Bali serta kolam renang terbesar di sana.

Namun ekoran kemelesetan ekonomi dan kilat menyambar salah satu tarikan utama di sana pada tahun 1988, taman ini telah ditutup dan terbengkalai sehingga hari ini.

Disebabkan tempat ini telah terbiar, masyarakat tempatan di sana percaya yang ia telah menjadi tempat mahkluk halus berkumpul. Malah, penjaga di sana juga mengatakan yang mereka sering mendengar suara kanak-kanak kecil berlari di taman tersebut.

5. Empangan Oongan

3517723461.Png

Satu lagi tempat mistik di Bali ialah Empangan Oongan yang terletak di Denpasar Utara. Empangan Oongan juga telah bertukar nama kepada Taman Lila Ruangun yang mempunyai kemudahan awam seperti trek jogging. Sebaliknya, tempat ini mempunyai cerita yang menakutkan.

Menurut beberapa sumber, asas empangan ini telah dibuat dari tubuh badan penduduk yang telah dijajah pada zaman dahulu. Selain itu, pasangan suami isteri juga dikatakan telah menawarkan diri untuk menjadi asas empangan tersebut supaya kawasan ini tidak kering.

Tak cukup dengan itu, jambatan di empangan ini juga dikatakan telah dijaga oleh manusia berwajah monyet. Kawasan ini dijaga kerana ia merupakan tempat suci dan tempat ibadat bagi penganut Hindu.

Banyak lagi sebenarnya tempat-tempat yang dianggap sebagai menakutkan di Bali ni, jadi kalau korang lemah semangat, cubalah elak dari jejak ke sana ya!

Sumber: Trip Canvas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.