Sebut tentang bulan Ramadan, salah satu perkara yang sering menjadi tarikan adalah ‘port’ bufet berbuka puasa. Ia bukan sekadar tentang mengisi perut yang lapar setelah seharian berpuasa, tetapi lebih kepada momen kebersamaan yang tercipta apabila kita berkumpul bersama keluarga, rakan taulan, atau teman sekerja di atas satu meja.
Ramai yang memilih untuk ke bufet kerana kepelbagaian pilihan hidangan yang ditawarkan—dari pembuka selera hingga ke pencuci mulut yang sukar untuk disediakan sendiri di rumah dalam satu masa.
Selain itu, bufet Ramadan sering menjadi ruang untuk kita meneroka rasa dan mencuba menu-menu istimewa yang hanya muncul setahun sekali. Bagi tahun 2026, trend kulinari beralih kepada pencarian menu yang lebih unik dan eksklusif.

Sebagai contoh, Banglo 289 membawakan kelainan luar biasa dengan tema “Traditional Kampung Dishes with Soul and Journey” yang mengangkat kembali keaslian masakan Melayu cara dulu-dulu.
Kalau korang ke sini, ini 5 menu paling eksklusif dan ‘rare’ yang korang kena serbu dulu:
1. Daging Rusa Resipi Terpilih

Bukan senang nak jumpa daging rusa dalam bufet Ramadan biasa. Di Banglo 289, menu ini telah dikekalkan untuk tahun ketiga berturut-turut kerana permintaan yang sangat tinggi. Ia dimasak menggunakan resipi khas yang memastikan dagingnya lembut dan meresap rempah.
2. Ikan Krai & Jelawat (Ikan Sungai Pahang)

Ini memang high-level punya hidangan. Banglo 289 membawakan ikan sungai yang sangat sukar didapati di pasaran biasa seperti Ikan Krai dan Ikan Jelawat. Tekstur isi ikan sungai yang berbeza memberikan pengalaman rasa yang sangat premium bagi penggemarnya.
3. Ikan Patin & Baung Sungai

Masih dalam kategori ikan sungai ‘rare’ dari Pahang, mereka turut menyajikan Ikan Patin dan Ikan Baung. Kalau korang peminat tegar gulai masam atau masakan sungai yang asli, menu ini adalah must-try.
4. Udang Mantis & Udang Galah

Bagi pencinta makanan laut, kehadiran Udang Mantis dan Udang Galah segar dalam barisan bufet adalah satu bonus besar. Menu premium ini disediakan khas buat pengunjung yang inginkan kemewahan rasa dalam suasana kampung.
5. Kuih-Muih Tradisional & Pemanis Mulut Nostalgia
Sebagai pelengkap selera, Banglo 289 menyajikan pelbagai kuih-muih tradisional dan pemanis mulut yang membangkitkan nostalgia lama. Hidangan ini disediakan segar setiap hari tanpa menggunakan bahan diproses, sekaligus mengekalkan rasa asli “chara orang dulu-dulu”.

Untuk Banglo 278, pelanggan boleh menikmati harga serendah RM95 seorang atau diskaun sehingga 20 peratus untuk tempahan early bird bagi tempoh terhad.


Bufet ini ditawarkan di tiga cawangan utama iaitu Jalan Raja Chulan (Kuala Lumpur), Elmina Lakeside Mall (Shah Alam), dan IOI City Mall (Putrajaya).
Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi Banglo 289 atau akaun Instagram @banglo_289.
