in

“5 kali Mr. S tulis” – Makcik Kemboja Diceraikan Suami Ketika Live, Disaksikan 200 Orang Netizen

ft makcik kemboja diceraikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas isu Siti Jamumall diceraikan ketika melakukan sesi live, satu lagi isu yang lebih kurang sama terjadi kepada usahawan yang terkenal dengan panggilan Makcik Kemboja ini.

Menurut perkongsiannya di TikTok, perceraian itu terjadi semalam (7/8/2025) sambil disaksikan oleh lebih 200 orang netizen yang melihatnya.


Artikel berkaitan : Keluarkan Kenyataan ‘Melayu Malas’, Mak Cik Kemboja & Anak Akan Didakwa Esok

Artikel berkaitan : ‘Rosak nama negara saya’ – Individu Dakwa ‘Makcik Kemboja’  Bukan Orang Asal Kemboja?

“Dengan lafaz bismillah, Mariyah Bt Yaakob aku ceraikan kau”

Screenshot 2025 08 08 102623

Menurut Mak Cik Kemboja, dia ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke Mahkamah Syariah Johor Bahru untuk failkan perceraian. Dakwanya, dia ingin memperjuangkan hak sebagai isteri yang digantung tak bertali dan dianiaya.

@mariyahholdings

doakan yang baik-baik buat madam ye sayang semua 🥰🤲🏻💕 #fyp #foryoupagе #madammariyah #madamemariyah #mariyahholdings #makcikkemboja #makcikkembojaviral

♬ suara asli – Kangciloknyatiti – Kangciloknyatiti

Jika diperhatikan, Makcik Kemboja ada melakukan sesi live ketika dalam perjalanan untuk menuju ke mahkamah. Disebabkan itu, berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka di mana dia telah diceraikan oleh suaminya yang mahu dikenali sebagai Mr. S.

Menurut perkongsian video seterusnya, dia diceraikan ketika berada di Mahkamah Syariah Johor Bahru semasa sedang buat sesi live. 

“Bersaksikan 200 lebih mata yang melihat, perceraian itu, Mr. S tulis, ‘dengan lafaz bismillah, Mariyah Bt Yaakob aku ceraikan kau’, terima kasih Mr. S atas cerai yang kau lafazkan pada 7 haribulan Ogos 2025 dan ternyata engkau adalah seorang suami yang tak ada iman,” ujar Makcik Kemboja sambil menahan rasa sebak.

@mariyahholdings

bukan pengakhiran yang Madam impikan, tapi mungkin inilah permulaan baru yang Allah dah atur. doakan Madam terus kuat demi anak-anak dan masa depan ❤️ #fyp #foryoupagе #madammariyah #madamemariyah #mariyahholdings #makcikkemboja #makcikkembojaviral

♬ suara asli – Vibes lyrics only🥀 – Vibes lyrics only🥀

“Kalau 5 kali jatuh talak 3 kan?” – Netizen

Video lafaz cerai tersebut telah meraih lebih 500K jumlah tontonan dalam masa 17 jam ia dimuat naik, jadi ia pastinya mendapat perhatian netizen, ada yang mempersoalkan jika cerai itu jatuh talak 3 memandangkan lafaz dibuat selama 5 kali selain daripada memberi sokongan moral buat Makcik Kemboja.

makcik kemboja makcik kemboja 2 makcik kemboja 3 makcik kemboja 4 makcik kemboja 5

Hurm, apapun tunggu keputusan mahkamah dan semoga Makcik Kemboja kuat.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.